Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 28, 2022 @ 3:50pm

Didakwa Membunuh Orang Gaji, Mahkamah Benarkan Tertuduh Diikat Jamin Dengan Syarat Membayar Deposit 30,000

Susulan kes dua individu yang berdepan dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di Kota Kinabalu, Mahkamah Rayuan membenarkan tertuduh untuk permohonan jaminan.

Tertuduh, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 34, mendapat jaminan itu selepas permohonannya didengar oleh Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Lee Swee Seng, Datuk Supang Liang Dan Datuk M Gunalan.

Peguam tertuduh, Datuk Seri Rakhbir Sing dan pihak pendawaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar telah mengemukakan hujahan mereka mengenai permohonan berkenaan.

Dalam penghakiman itu, Mahkamah Rayuan membenar dan memerintahkan Etiqah dilepas dan dibebaskan atas jaminan dengan syarat membayar deposit RM30,000 bersama seorang penjamin tempatan.

Tertuduh turut diperintahkan untuk menyerahkan passport dan semua dokumen melibatkan perjalannya di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu serta diperlukan untuk melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Isnin.

Terdahulu, tertuduh, Etiqa dan Suami, Mohammad Ambree Yunos. 40, yang juga seorang kontraktor berdepan dakwaan membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiah Daeng Damin, 28, di Amber Tower, Lido Avenue, Jalan Lintas, Penampang antara 10 Disember dan 13 Disember 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber/Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Dikejarkan Ke Hospital, Ummi Nazeera Mohon Doa Peminat

Ummi memohon doa daripada peminat-peminat beliau agar mendoakan kesihatan dirinya dan juga bayi dalam kandungan

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Wow! Beraninya kekasih lama datang semula kan?

Trending Sun, 3 Dec 2017

Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia

Bagi mereka yang kaki ‘travel’ terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan ‘buku merah’. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan […]

error: Content is protected !!