Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 27, 2022 @ 7:00pm

Suka Makan Fast Food, Gadis Alami Kegagalan Buah Pinggang

Jika dilihat dari luaran sahaja, siapa sangka gadis aktif bersukan ini menghidap penyakit kronik.

Menerusi perkongsian di TikTok, cerita yang disampaikan gadis ini mendapat perhatian ramai.

@_.nralisyaamacam tu lah you♬ original sound – Semi🚛Truck

Nuralisya Aqila Yusran, gadis yang baru berusia 21 tahun ini sudah ‘kehilangan’ buah pinggang kanan selain disahkan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Anak jati Segamat, Johor itu berkata, dia mengetahui tentang masalah buah pinggang selepas melakukan pemeriksaan kesihatan wanita berkaitan haid.

“Pada pertengahan 2020, saya buat pemeriksaan sebab period saya tidak berhenti selama sebulan. Saya rasa pelik dan terus ke poliklinik dan doktor berikan ubat untuk berhentikan darah.

“Selepas beberapa bulan makan ubat, saya dapati ia tidak memberi sebarang kesan. Jadi dalam tempoh itu, saya ulang-alik ke poliklinik untuk pemeriksaan lanjut dan selepas dua bulan doktor bagi surat untuk saya rujuk pakar sakit puan di Hospital Segamat, Johor,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sangat terkejut apabila doktor di Hospital Segamat memberitahu dia tidak mempunyai buah pinggang di sebelah kanan.

“Temujanji pertama ada buat ‘scan’ dan doktor maklumkan yang saya tiada buah pinggang sebelah kanan. Kemudian datang beberapa orang lagi doktor untuk buat pemeriksaan termasuk ‘ultrasound’ dan keputusannya tetap sama, saya tidak ada buah pinggang.

“Akhirnya, saya diminta untuk buat MRI di Hospital Muar. Keputusan MRI menyatakan saya ada buah pinggang tetapi ia sudah tidak berfungsi kerana sudah kecut,” ujarnya.

Pelajar jurusan perakaunan Politeknik Muadzam Shah di Pahang menjelaskan hasil keputusan MRI yang dilakukan pada Mac tahun lalu menunjukkan saiz buah pinggangnya yang hanya berukuran lima sentimeter manakala ukuran normal adalah 12 hingga 13 sentimeter.

Namun, Nuralisya bersyukur buah pinggang kirinya masih berfungsi dengan baik dan mengatakan masalah itu berkemungkinan berpunca daripada tabiat pemakanannya sendiri yang gemar menikmati makanan segera sewaktu kerja sambilan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Saya suka sangat makan ‘fastfood’, hari-hari saya makan sebab lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya kerja sambilan di restoran makanan segera.

“Dalam tempoh seminggu tu, tiga hingga empat hari saya akan makan mi segera pula… air bikarbonat pula hari-hari,” katanya.

Gadis ini menyesal dengan amalan pemakanannya itu dan sedang berusaha turunkan tahap kolesterol dalam darah dan perlu hadir ke hospital setiap tiga bulan untuk memantau kondisi buah pinggang kiri.

Nuralisya turut menasihati gadis seusianya supaya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengurangkan pengambilan makanan segera yang boleh mengakibatkan tahap kolesterol dalam darah tinggi.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

“Perkara Itu Tak Boleh Dipaksa” – Wan Sharmila Kesal Kenang Sikap Angkuh Bila Disuruh Buat Umrah

Wan Sharmila mengakui pernah bersikap sombong apabila menolak nasihat orang sekeliling yang menggalakkannya menunaikan ibadah umrah

Featured Mon, 25 May 2026

Individu Kongsi Senarai Keperluan Wanita ‘High Class’, Ryzal Ibrahim Tampil Respons – “Isteri Saya Cuma Nak Balik Korea Naik Business Class”

Ryzal Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas memberikan respons terhadap perkongsian seorang individu mengenai senarai keperluan wanita yang didakwa bersifat ‘high class’.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

FattZura Ada Love Bite?

Namun, bukan itu yang hendak dikongsikan tetapi, netizen semakin cekap menjalankan kerja mereka dengan mengambil tahu setiap inci tentang pasangan ini

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Abang & Eda Ezrin Didakwa Miliki Pil Kuda, Ini Respons Jaa Suzuran – “Susah Nak Jelaskan, Kami Sekeluarga Hanya Mampu Berdoa”

Jaa Suzuran enggan mengulas lebih lanjut insiden yang terjadi terhadap abang dan kakak iparnya, Eda Ezrin.

error: Content is protected !!