Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 28, 2022 @ 6:24pm

Gara-Gara Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko, Nilai Saham Syarikat Indonesia Terus Meningkat!

Umum sedia maklum mengenai berita Elon Musk telah membeli media sosial Twitter dengan nilai sekitar $44 billion bersamaan dengan RM191.6 billion. Pembelian tersebut lantas menjadikan platform Twitter sebagai salah satu syarikat persendirian milik manusia terkaya di dunia.

Susulan itu, tular sekeping gambar mengenai perjumpaan Elon Musk yang berjumpa dengan satu delegasi dari Indonesia untuk berundinng mengenai kerjasama dalam pembekalan dan pemprosesan Nikel sebagai bahan mentah.

Di samping itu, semasa pertemuan mereka, delegasi Indonesia sempat menghadiahkan Elon Musk dengan gula-gula Kopika berperis Kopi yang sangat dikenali sepanjang rantau Asia.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @degelan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Panjaitan memberikan satu pek Kopiko kepada Elon Musk.

“Ini ialah gula-gula kopi, Kopiko,” kata Luhut kepada Elon Musk.

“Ada apa-apa lagi dari Indonesia yang saya boleh rasa?” seloroh Elon Musk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dagelan (@dagelan)

Elon Musk yang pertama kali merasai gula-gula ini lantas memuji rasa Kopiko yang mengucapkan ‘Very Good’ sambil mengangkat kedua-dua tangan menunggukan thumbs up.

Meninjau di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet dari Indonesia meluahkan rasa bangga apabila melihat Elon Musk memuji rasa kesedapan gula-gula berpersia kopi yang dipercayai menjadi kebanggaan negara mereka.

Difahamkan, susulan pengaruh Elon Musk yang mempunyai kekayaan USD264.6 billion itu, Saham Mayora iaitu sebuah syarikat makanan dan minuman Indonesia meningkat dan memberikan impak besar kepada pengeluar gula-gula kopi terbesar dunia tersebut.

Artikel Berkaitan: Elon Musk Bersetuju Beli Twitter, Perlu Bayar RM4.3 Bilion Jika Batal Pembelian

Sumber: Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2024
Fab Foodies! Tue, 27 Nov 2018

Bentong Prison Inmates Learn Recipes Firsthand From Tengku Puan Pahang

Everyone deserves a second chance and Her Royal Highness is trying to show.

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Events Wed, 20 Mar 2019

Zouk Genting: Visuals and Sound System to Get Your Heart Pumping

It’s THE ultimate night out you can’t forget.

Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Mesra Bersama Seorang Wanita, Ini Respons Edika Yusof

Edika Yusof perjelas foto mesra berdua-duaan dengan seorang wanita

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

error: Content is protected !!