Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 29, 2022 @ 4:30pm

Lama Tak Keluarkan Single Raya, Ramlah Ram Luah Rasa Gusar

Penyanyi ternama Ramlah Ram meluahkan rasa gusar setelah sekian lama tidak mengeluarkan single Hari Raya.

Ramlah kini tampil dengan single terbaharu sempena Syawal berjudul Kemenangan, ciptaan Mohar serta liriknya pula hasil nukilan Ismi Rusli dan Ramlah sendiri.

“Setelah sekian lama saya tak keluarkan single sempena raya, saya akui saya rasa gementar. Sebab trend lagu sekarang kan sudah lain dan berbeza. Kini, saya muncul dengan Kemenangan.

“Apa pun saya yakin lagu lagu raya yang berkonsepkan nuansa Melayu seperti Kemenangan akan terus malar segar dan melekat di hati pendengar setiap kali menjelang sambutan Syawal,” katanya.

Menghadiahkan lagu ini kepada semua peminatnya, Ramlah turut berterima kasih kepada pelakon Zoey Rahman.

“Kemenangan kini boleh didengari di semua platform digital dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Ramlah Ram Group. Saya hadiahkan lagu Kemenangan ini buat semua peminat yang menyokong saya selama ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada adik saya, pelakon Zoey Rahman dan jenama kecantikan miliknya, Mikaseries kerana menaja pembikinan muzik video ini bersama Bangsawan Pictures. Saya sangat terharu tak sangka Zoey dan team sayang saya sampai macam ni,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Aug 2018

Kenyang Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan

Disebabkan pelanggan ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur sebab keletihan…

Hiburan Fri, 30 Aug 2024
Trending Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad Mohon Maaf, Umumkan Dirinya Sedang Hamil. Wah, Tahniah!

Impian pelakon cantik manis Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil. Mia yang mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada awal tahun lalu telah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
error: Content is protected !!