Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain May 10, 2022 @ 9:59am

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat menimang cahaya mata ketiga semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sam meluahkan rasa syukur dan memaklumkan kondisi isteri dan anaknya selamat.

“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.. Thank you atas doa-doa korang. Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?” tulis Sam.

Perkongsian itu juga turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang rata-ratanya meraikan kehadiran anak kepada pasangan ini dengan ucapan tahniah dan doa.

“Uish, semalam jumpa, hari ni terus lahir rezeki,” komen Sharnaaz Ahmad.

“Alhamdullillah syukur,” tulis Siti Elizad.

“Alhamdullilahhh!!! Congratulations Abang Sam & Tila!! And welcome to the world little baby!” ucap Uyaina Arshad.

Selain itu, cahaya mata ketiga pasangan pelakon ini turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulung mereka, Syeriv Samheizy.

Walaubagaimanapun, mereka masih belum mengumumkan nama dan jantina anak ketiga mereka.

Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan cahaya mata ketiga mereka yang belum diumumkan namanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 May 2023
Featured Thu, 29 May 2025

Kereta Avanza Hijau, Kayu Sugi & Lightstick Sorot Perhatian, Kumpulan Inteam Puji Hasil Kreativiti Netizen

Terlalu banyak parodi kreatif hadir menyambut kedatangan konsert Inteam

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Featured Sat, 15 Feb 2025

Jefri Nichol Cacah Tatu ‘AK’ Di Jari

Jefri sanggup mencacah tatu nama Ameea dijarinya.

error: Content is protected !!