Featured By: Aqilah Paharuzi May 11, 2022 @ 3:00pm

Kes Rasuah: Zizie Izette Mengaku Terima Wang Pengenalan RM2.8 Juta – Saksi

Pelakon jelita, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima wang berjumlah RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Zizie yang merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menerima wang tersebut dipercayai sebagai duit ‘pengenalan’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Menurut saksi pendakwaan ke-27 yang juga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Haris Ibrahim berkata, dalam rakaman yang diambil pada 27 Julai 2016 lalu, Zizie mengakui menerima wang tersebut daripada ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar.

“Saya tidak ingat berapa kali Datin Seri Zizie Izette memaklumkan perkara itu (wang pengenalan RM2.8 juta) tetapi memang ada,” katanya.

Difahamkan, dalam prosiding sebelum ini Norhaili berkata aktres tersebut layak menerima wang pengenalan itu memandangkan dia memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan berjumlah RM150 juta.

Namun, ketika itu Bung Mohktar ternyata adalah pengerusi bukan eksekutif Felcra.

Mohd Haris berkata rakaman percakapan selebriti tersebut telah diserahkan kepadanya selepas salah seorang pegawai SPRM selesai merekodkan rakaman pengakuan Zizie.

Rakaman percakapan Zizie berkenaan ‘induction fee’ tersebut dimaklumkan mengikut Seksyen 30 (3) (b) iaitu dibawah Akta SPRM 2009.

Mohd Haris kemudiannya telah melengkapkan kertas siasatan dan mengemukakan syor kepada bahagian pendakwaan agar Bung Moktar dan Zizie Izette didakwa di mahkamah.

Terdahulu, Bung Mokhtar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai satu dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra dalam membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Tertuduh didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi isterinya, Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di Kuala Lumpur pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Rozina Ayob bersambung 17 Mei ini.

Kredit foto: MalaysiaKini

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Trending Tue, 22 Jan 2019

办年货「最佳打卡地点」陪家人又可以拍美照

时下超夯办年货的打卡景点!就连主播叶剑锋都拍得疯狂,你又怎能错过呢?

Hiburan Mon, 8 Aug 2022

“Artis Cantik, Kacak, Popular… Bayaran Mereka Mahal” – Permintaan Tidak Setimpal Bayaran, Ammar Titan Kesal Produksi Pilih Kasih

Ammar Titan luah rasa terkilan tidak dilayan selayaknya seperti artis yang mempunyai rupa menarik.

TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?

Trending Mon, 8 Mar 2021