Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 11, 2022 @ 2:30pm

Tak Henti Terima Mesej Ucapan Tahniah, Jue Aziz Akui Masih Single… Dedah Ambil Anak Angkat

Pelakon jelita Jue Aziz tampil memberi penjelasan mengenai gosip yang mendakwa dirinya telahpun bertunang.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Jue memaklumkan gambar yang dikatakan ‘bertunang’ itu adalah merupakan majlis pertunangan anak saudaranya.

Jelasnya, dia hanya menumpang untuk mengambil gambar atas sebab mahu mengambil berkat.

“Actually tu anak buah (nephew) Jue ada post semalam. Jue hanya bergambar ambil berkat.

“Kata oranglah kan hehe atas pertunangan anak buah FIFI (slide pic) and berangan ambik pic tak salahkan?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah Jue, dia seakan tidak menyangka hantaran majlis ‘tunangnya’ itu kecoh di ruangan media sosial sehingga membuatkan ramai tidak berhenti mengirimkan ucapan tahniah.

“Tak sangka pulak jadi kecoh macam ni sebab pic tu pun tak nampak mcm orang bertunang siap pegang bunga sama-sama bersentuhan.

“Lagi pun Jue ada post before tu pic anak-anak buah Jue ni.

“Alhamdulillah.. Jue really appreciate doa-doa kalian nonstop wish DM Jue until now.

“Manalah tau berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan satu hari nanti dengan JODOH yang REAL.

“Ada bagusnya jadi macam ni sebab ramai yang masih ingat Jue dah kahwin or tak pernah kahwin lagi jadi isu ni dapat clear kan kekeliruan status Jue..SINGLE lagi okay!” tulisnya.

Disamping itu, Jue sempat berseloroh dengan meminta jejaka-jejaka lain agar tidak terus kecewa.

“So kat luar sana tak perlu nak FRUSTRATED sangat.. kelakar jugak tengok comments anda betul-betul make my day.

“Thanks support Jue really appreciate.. Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih lagi ramai yang mengikuti perkembangan Jue,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official)

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Majlis Tunang Perkongsian Jue Aziz Terus Jadi Tanda Tanya

Dalam pada itu, Jue sempat menjelaskan mengenai status anak lelakinya bernama Darwish itu bukan hasil daripada perkahwinan yang lepas.

Ternyata, Dariwsh merupakan anak angkat sebelum dia berkahwin lagi.

“Secondly.. Jue nk terangkan lagi sekali article mengenai anak Jue. Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ye.

“Jue ambik Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.

“Harap lepas ni tiada lagi salah information yang bole buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitive kepada setengah pihak.

“Apapun Jue berterima kasih write up mengenai isu ni justeru dapat clearkan my status dan my son,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

“Masih Dalam Proses Belajar, Saya Selesa Bertudung Tutup Dada” – Gaya Hijab Dipuji, Elly Mazlein Berterima Kasih Peminat Titip Doa

Mengulas mengenai kata-kata baik yang diberikan peminat serta warganet, Elly Mazlein bersyukur & menyatakan dia masih dalam proses pembelajaran.

Trending Tue, 25 Sep 2018

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Kanser jenis inilah yang menyerang pemain badminton nombor 1 negara!

Trending Mon, 7 May 2018

2岁小男孩弹电吉他?轰动全网「神童!」

日前国外一则新奇的影片在网路上疯传,一名父亲将手上弹到一半的吉他交到他2岁的儿子身上,接着不可思议的事情发生了……

Featured Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Mon, 14 Apr 2025
Featured Tue, 28 Apr 2020
Eat Travel Wed, 17 Oct 2018

Nikmati “The Real British Fish & Chips” Di Cor Blimey. Memang AAA!

Cor Blimey menyediakan hidangan fish and chips terbaik di Malaysia!

error: Content is protected !!