Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 12, 2022 @ 7:10pm

Tragedi Terowong Menora: Pemandu Treler Direman 4 Hari, Ternyata Mempunyai 22 Saman Kesalahan Trafik & 8 Pandu Lebih Had Laju

Tragedi Terowong Menora: Pemandu Treler Direman 4 Hari, Ternyata Mempunyai 22 Saman Kesalahan Trafik & 8 Pandu Lebih Had Laju

Malaysia digemparkan dengan tragedi kemalangan maut membabitkan treler dan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Kuala Kangsar sememangnya merobek hati seluruh rakyat Malaysia yang turut bersimpati.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 28 tahunitu direman bermula hari ini, 12 Mei sehingga 15 Mei untuk siasatan lanjut.

“Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini sehingga Ahad depan untuk siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, semakan mengenai latar belakang mendapati suspek berasal dari Jitra, Kedah itu ternyata mempunyai sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik dengan lapan saman membabitkan kesalahan pandu laju.

Bagaimanapun, Mior memaklumkan kesemua saman yang direkodkan adalah dalam lingkungan tahun 2208 hingga 2002 itu telah dijelaskan.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai wargamaya yang turut terjejas dengan maklumat pemandu treler berkenaan.

Mereka mempertikaikan mengapa seorang individu yang telah mempunyai saman banyak masih dibenarkan untuk memandu treler dan tidak digantung lesennya.

Mior turut menambah bahawa hasill ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah.

Kejadian meragut lima sahabat berlaku sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan dua treler membwa maitan mozek dan besi pagar.

Mangsa terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Sumber berita melaporkan ketika kejadian treler mozek dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang memandu di lorong kanan  dengan kereta mangsa mengekori di belakang disebabkan lorong kiri dari Kilometer 246 hingga 244.4 ditutup kerana penyelenggaraan jalan.

“Pemandu kereta dan empat penumpang telah tersepit dan tidak sempat menyelamatkan diri. Kesemua mangsa yang rentung disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

“Semasa melalui kawasan tersebut, treler dan kereta itu dipercayai memperlahankan kenderaan sebelum sebuah treler muatan pagar besi tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta tersebut.

“Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan menyeret kereta mangsa ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler lain,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, pemandu treler berusia 28 dan 37 tahun tidak cedera.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.

Sumber: Utusan Malaysia/BH TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Pelanggan Mengamuk, Ini Penjelasan Iddin Ramli – “Saya Tak Makan Duit Haram”

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab tuduhan seorang netizen yang memberikan kata-kata kurang sopan. @iddinramliiMaaf ye.♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline […]

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bob Lokman Jual Nasi Ayam Goreng Kampung Demi…

Untuk peminat di luar sana yang rindu nak jumpa Bob Lokman, jangan lupa sokong perniagaan Nasi Ayam Goreng Kampung dia ok? Pasti sedap!

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Trending Wed, 14 Jul 2021

Bayaran Tambahan RM1,000 Bagi GKP 4.0, Permohonan Mula Dibuka Esok

Siapa yang belum pernah mohon GKP, Dah boleh standby esok k!

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

familuv Wed, 15 Jun 2022
error: Content is protected !!