Trending By: Padin May 12, 2022 @ 5:11pm

Menang Penerbit Digital Terbaik Buat Kali Ketiga, REV Media Group Kekal Unggul

Syarikat kepada banyak jenama terkenal, REV Media Group (RMG) sekali lagi telah dinobatkan sebagai ‘Penerbit Digital Terbaik’ buat kali ketiga berturut-turut oleh Malaysian Digital Association (MDA) d Awards 2022, malam tadi.

Kemenangan Anugerah Emas buat kali ketiga berturut-turut setelah kategori ini diperkenalkan pada tahun 2019 mengukuhkan lagi visi RMG untuk menjadi syarikat digital Malaysia #1 dari segi capaian, pengekalan dan hasil.

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, semua ini tidak akan berlaku tanpa teras DNA syarikat, iaitu para pekerja.

“Setiap orang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan siapa kami pada hari ini dengan usaha dan dedikasi mereka yang tidak pernah putus. Jadi, segala kepujian adalah kepada mereka. Mari bersama-sama kita teruskan usaha agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau, menambah, “Kejayaan mengekalkan gelaran ini buat kali ketiga berturut-turut merupakan satu penghormatan. Kami tidak akan berhenti dan ini hanya bermakna kami akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi untuk memberikan yang terbaik dari yang terbaik kepada pengguna dan pelanggan kami.”

Selain membawa pulang Anugerah Emas, RMG juga telah memenangi Anugerah Perak untuk Kempen Integrasi Media Terbaik melalui kempen Disney+ Hotstar Launch 2021.

Turut hadir bersama menerima anugerah tersebut ialah Stephanie Wong Pui Tse, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia dan Adrina Choy, Pengurus Besar Jualan, REV Media Group.

Di samping itu, RMG telah menetapkan matlamat yang strategik untuk terus memanfaatkan kedudukan utama mereka menggunakan ‘Best in Class Adtech & Martech’ (Advertising & Marketing Technology).

Setiap bulan, lebih 15,851,000 juta rakyat Malaysia mengakses aset digital RMG (Media Prima), jadi penggunaan teknologi yang terbaik akan bergerak seiring dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023

Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

‘Saya tak nak berdamai. Enough is enough!’ – Puteri Sarah.. Apapun min doakan moga segalanya dipermudahkan ya 😢❤️

Trending Sun, 5 Jun 2022

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

Aprena Manrose tampil untuk ‘back up’ isu buka tudung Nelydia Senrose.

Featured Sun, 30 Jan 2022
Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Thu, 29 Mar 2018

Tinggalkan Dunia Perguruan, Wanita Ini Tampil Dengan Teknik Solekan Yang Luar Biasa

Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi.
Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.