Hiburan By: Fatin Nurain May 17, 2022 @ 12:20pm

Anzalna Nasir Harap Dapat Lahirkan Anak Kedua Sama Tarikh Dengan…

Pelakon Anzalna Nasir berharap anak keduanya dapat berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan putera sulungnya, Mohamad Eidrees iaitu pada 31 Mei.

Selain itu, Anzalna akui teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan bayinya nanti.

“Kalau ikutkan, saya mahu bersalin pada 31 Mei nanti. Dapatlah si adik berkongsi tarikh lahir yang sama dengan abangnya. Tapi apa-apa pun, saya tengok keadaan dulu.

“Saya dan suami sudah tak sabar untuk melihat wajah anak kedua kami. Kami juga sudah menyediakan 100 peratus kelengkapan bayi, memandangkan barang-barang ketika menyambut kelahiran Eidrees sudah diberikan kepada orang lain,” katanya.

Menurut Anzalna, dia tidak mengalami masalah berat ketika hamil, tetapi saiz kandungannya kali ini lebih besar berbanding ketika mengandungkan anak sulungnya itu.

Selain itu, pelakon jelita itu juga mengaku cepat berasa penat namun semuanya masih dapat dikawal.

“Tidak banyak perbezaan pun dengan kehamilan sebelum ini. Perbezaannya cuma kandungan saya kali ini agak besar.

“Jadi saya cepat penat ditambah perlu menguruskan Eidrees yang masih memerlukan perhatian kerana dia juga masih kecil,” katanya.

Anzalna juga mahu memainkan peranan sepenuhnya sebagai ibu yang membesarkan anak-anak dan enggan anaknya diasuh oleh orang luar.

“Walaupun dalam keadaan sedang sarat hamil, saya masih menguruskan anak yang dijaga sepenuhnya tanpa pengasuh. Saya ada pembantu, tapi tugasnya hanya menguruskan kebersihan rumah.

“Cuma sekarang ini pembantu saya sedang bercuti, jadi kerja-kerja menguruskan rumah saya yang lakukan. Walaupun penat, tetapi saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini merupakan pengalaman indah bergelar seorang ibu,” jelasnya.

Sebelum ini, Anzalna memilih untuk tidak mendedahkan jantina anak keduanya kerana ingin membuat kejutan kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsiakan Jantina Anak Kedua, Anzalna Nasir Mahu Beri Kejutan Kepada Keluarga

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Trending Tue, 7 Dec 2021

Sebulan Simpan Rahsia Perkahwinan, Uqasha Senrose & Kamal Adli Bakal Berbulan Madu Di Makkah

Hos Lagu Cinta Kita 3, Kamal Adli, 35, selamat bernikah dengan pasangannya, Uqasha Senrose, 29, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berkongsi berita itu hari ini menerusi sebuah majlis […]