Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 7:21pm

“Siapa Sangka Gadis Pekan Kecil Ini..” – Pengalaman Terindah, Siti Nurhaliza Syukur Impian Terpampang Di Bilboard Times Square New York Tercapai!

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila diberi penghormatan paling manis sepanjang berkecimpung dalam indusri seni iaitu wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan adalah merupakan kempen EQUAL yang diterajui oleh penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Siti berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya itu telah meraih perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikutnya yang turut tumpang teruja.

“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

“EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menurut pelantun lagu Anta Pernama itu berkata impiannya kini telah tercapai apabila melihat wajahnya yang terpampang di bandar terkemuka itu serta dianggap sebagai satu pengalaman paling manis dan bermakna sepanjang berada dalam industri.

“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.

“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, bintang Malaysia kelahiran Kuala Lipis ini terus sempat menitipkan pesanan kepada anak gadis lain untuk terus mencapai impian.

“Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.

“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya suatu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antaranbangsa. Jika anda berusaha, tiada yang mustahil,” katanya lagi.

Untuk rekod, Siti adalah selebriti negara ke-6 yang menghiasa papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA, Iman Troye dan Aina Abdul.

Artikel Berkaitan: Selepas Yuna, Dolla & Iman Troye, Kini Giliran Aina Abdul Pula Terpampang Di Papan Iklan Times Square

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Dec 2020
Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Sat, 12 Jan 2019

Ibu Diana, Linda Rafar Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allayarhamah Rasimah Abdul Rahman…

error: Content is protected !!