Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 22, 2022 @ 5:58pm

“Saya Berdoa Semoga Ada Bayi Nombor Tiga Pula Sebab Saya Nak…” – Fazura Akui Mahu Tambah Cahaya Mata

Pelakon Nur Fazura berkongsi tentang perancangan rumah tangganya untuk menambah bilangan cahaya mata bersama suami, Fattah Amin.

Menurut Fazura, puterinya, Nur Fatima Aisya juga kerap kali menonton video berkaitan dengan bayi dan menunjukkan reaksi suka akan bayi.

“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun dan dia selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi.

“Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi. Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,” katanya.

Pada masa sama, pelakon ini mengakui berdoa agar dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak anak lelaki. Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

“Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,” katanya.

Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Selebriti Wed, 15 Nov 2023

Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Trending Tue, 28 Jan 2020
Featured Tue, 7 Jun 2022

“Saya Akan Ulang Lagu Berkali & Menangis Kerana…” – Diana Danielle Teruja Kolaborasi Dengan Calum Scott

Tahniah!!!! Pergh walaupun bukan penyanyi tapi Diana Danielle dapat collab dengan artis antarabangsa weh

Trending Hari Ini Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!