Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 24, 2022 @ 4:24pm

Pertikai Caj Tambahan Untuk Bungkus Sisa Makanan, Cef Ammar Beri Penjelasan – “Staff Terpaksa Kerja ’Berganda’ & Kos Barang Mahal”

Umum sedia maklum segelentir restoran ada mengenakan caj tambahan untuk pelanggan yang mahu membungkus makanan yang tidak dapat dihabiskan mereka.

Praktik itu turut digunakan oleh kedai nasi Arab Lamb Shank terkenal oleh Cef Ammar, namun pihaknya menerima tohmahan yang teruk oleh pelanggan berkaitan isu mengenakan caj tambahan.

Susulan kes tersebut, Cef Ammar tampil memberi penjelasan mengapa setiap pelanggan harus membayar caj tambahan.

Menurut Cef Ammar, penyediaan bekas plastik makanan telah menambah kos operasinya, terutamanya untuk dua bekas plastik kecil tambahan yang diisi fresh salsa dan salad untuk dibawa pulang.

Penjelasan tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Selain itu, Cef Ammar turut menjelaskan bahawa pekerjanya terpaksa membuat ‘kerja berganda’ untuk membungkus makanan yang tidak dihabiskan oleh pelanggan.

Kenyataan Cef Ammar itu telah menimbulkan rasa tidak senang netizen di mana rata-rata mereka kurang setuju dengan penjelasannya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen berkata Cef Ammar seharusnya memberi tahu pelanggan mengenai caj tambahan itu, supaya mereka tidak terkejut dan mempersoalkannya.

Namun, netizen berang apabila Cef Ammar memberi alasan pekerjanya perlu kerja ‘berganda’. Menurut mereka, itu adalah tugas mereka yang bekerja di kedai restoran.

Susulan itu, sesetengah netizen memberi saranan kepada Cef Ammar untuk menyuruh pelanggan membungkus sendiri makanan atau menyediakan bekas plastik makanan dibawa dari rumah.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memahami mengapa Cef Ammar bertindak untuk mengenaakan caj tambahan, ekoran kos penggunaan bekas dan plastik makanan yang tinggi.

Cef Ammar berharap penjelasan ini akan menjernihkan keadaan buat semua peminat makanan Arab yang datang ke restorannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Mon, 9 Oct 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020
Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Events Sat, 24 Sep 2022
Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Featured Thu, 21 Jul 2022

Bersara Dari Dunia Hiburan & Berhijrah Ke Luar Negara, Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera US?

Sarah ceburi bidang baru di Amerika Syarikat 😊 Fuhh, patutlah nampak sado betul sekarang 💪🏻💪🏻 Apapun, semoga ini yang terbaik untuknya

error: Content is protected !!