Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 19, 2018 @ 8:03am

Isteri Pemimpin Korea Utara Naik Pangkat

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memberikan isteri beliau pangkat Wanita Pertama dalam apa yang disifatkan penganalisis sebagai peningkatan status beliau, sebelum musim persidangan sibuk dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Ri Sol Ju sering menemani Jong Un ke acara rasmi, namun penampilan awam rasmi kali pertama beliau berlaku pada hujung minggu lalu di sebuah persembahan oleh pasukan balet kunjungan dari China.

 Media kerajaan Korea Utara melaporkan Sol Ju digelar sebagai ‘Wanita Pertama yang dihormati’ dalam acara itu dan ia adalah kali pertama gelaran terbabit digunakan dalam tempoh lebih 40 tahun. Kebiasaannya gelaran itu dikhaskan kepada pemimpin.

Pembaca berita utama Korea Utara, Ri Chun Hee yang sering mengarang pengumuman besar kerajaan, mengumumkan berita ketibaan Sol Ju menerusi televisyen, sekali gus meningkatkan lagi kedudukan beliau.

Sol Ju yang berpakaian merah jambu ditemani beberapa pegawai kanan Korea Utara yang sering dilihat bersama pemimpin negara itu termasuk kakak Jong Un, Yo Jong.

Isteri Jong Un adalah bekas penyanyi terkemuka di negara itu yang muncul pada 2012. Beliau dianggap sebagai antara wanita berprofil tinggi di negara terpencil dan lebih tertumpu kepada golongan lelaki itu.

Namun, peranan Sol Ju terhad sebagai isteri Jong Un yang bergaya dan sopan.

Penganalisis berkata, kenaikan pangkat Sol Ju mungkin sebahagian usaha Pyongyang menunjukkan Korea Utara sebagai ‘negara normal’, ketika ia bersedia untuk pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae in pada Jumaat depan dan kemudian dengan Presiden Donald Trump.

Sumber: AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Sep 2018

Study Shows that Air Pollution Adds to Risk of Dementia

The fact that Malaysia has a ‘haze season’ should make us be more worried.

Hiburan Wed, 1 Jun 2022

Uqasha Senrose Tak Kisah Netizen Kritik Soal Saiz Badannya

Uqasha tidak peduli komen-komen negatif netizen tentang isu badannya.

Featured Sat, 28 Jun 2025

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan untuk konsert Aku Stacy di KK.

error: Content is protected !!