Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 30, 2022 @ 2:32pm

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

Penyanyi rap, MK K-Clique tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dirinya kini sudah berkahwin.

Menurut MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dakwaan tersebut hanyalah spekulasi dan dia kini dalam proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Perkara-perkara begini saya perlu jelaskan, saya belum berkahwin. Saya masih dalam fasa memperbaiki diri, mengenali diri sendiri. Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut.

“Adakah mampu untuk membina keluarga dan macam-macam lagi. Saya masih dalam proses itu sebab saya rasa sebelum ini anda semua pun tahu saya macam mana.

“Tapi… Alhamdulillah, beberapa tahun kebelakangan ini selepas pandemik, membawa banyak kesan positif pada saya. Bukan saya sahaja tapi semua orang,” katanya.

MK ditemui selepas majlis pra-tonton filem terbaharu lakonannya berjudul, Rompak di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.

Ketika ditanya siapakah gerangan wanita cantik yang di muat naik di akaun Instagramnya, MK menjawab itu adalah hantaran untuk menghargai seseorang.

“Itu adalah satu yang orang boleh cakap ‘appreciation post’. Posting itu hanyalah posting untuk menghargai seseorang.

“Saya juga akan mempelbagaikan foto yang ingin di muat naik selepas ini seperti gambar bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata MK.

Tambah MK, dia sedikit sebanyak mahu berkongsi dengan peminat yang tersayang mengenai kehidupan peribadinya.

“Instagram saya sudah terlalu banyak hantaran mengenai kerja jadi saya rasa mahu berkongsi sedikit tentang kehidupan peribadi di platform tersebut.

“Mungkin pada peminat dan juga pengikut Instagram saya yang sedia ada ingin mengetahui serba sedikit tentang kehidupan peribadi saya.

“Jadi saya buat ‘appreciation post’ itu supaya orang tahu siapa yang saya hargai. Jadi saya mahu peminat anggap dia sebagai orang yang saya hargai, itu sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video yang merakamkan MK saling berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka.

Malah, kedua-duanya dilihat berpakaian sedondon dengan mengenakan busana berwarna hitam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Pada April lalu, MK pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya dengan memuat naik foto romantis bersama seorang wanita di Instagram dengan kapsyen “Saya sayang awak!” lantas membuatkan ramai peminat wanita pelakon yang popular menerusi drama Oh My Hantaran itu berasa kecewa.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Mon, 26 May 2025
Trending Wed, 28 Aug 2019

Gempa Bumi Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Jangan risau setakat ini tiada ancaman tsunami ye

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

error: Content is protected !!