Events By: Salma Syahbuddin May 30, 2022 @ 9:01pm

#JusticeForBella: Saksi Tukar Kenyataan Atau Putar Belit Fakta? Mengaku Kecederaan Lecur Berpunca Dari Tumpahan Air Termos Bukan Dari Penapis Air

Kes melibatkan penderaan terhadap Bella masih diteruskan bermula hari ini.

Namun, saksi pendakwaan kelima yang dikenali sebagai Yasmin Nahar Mahmood, 19, difahamkan mengaku bahawa kecederaan lecur yang terdapat pada badan Bella adalah disebabkan tumpahan dari air termos dan bukannya dari penapis air (Cuckoo) seperti sebelum ini.

Ketika prosiding berlangsung, Yasmin dikatakan mengakui perkara tersebut selepas bersetuju dengan cadangan soalan peguam Nurul Hafidzah Hassan bahawa air yang tertumpah pada Bella sehingga cedera adalah air termos yang berada di bilik laundry (dobi) yang mana Bella bermain dengan termos tersebut sebelum kejadian.

Ketika ditanya, ketika memberi keterangan pada pihak polis di lobi kondo bahawa air yang tumpah pada Bella adalah air termos, saksi itu menjawab ‘setuju’.

Memetik laporan Kosmo, saksi tidak pasti punca berlakunya tumpahan air termos pada Bella pada kejadian 6 Mei tahun lalu itu disebabkan remaja itu dan seorang lagi penghuni yang dikenali Balqis bergaduh selepas Bella dikatakan menghabiskan pencuci muka dan makanan ringan milik Balqis.

Bagaimanapun, ketika perbicaraan sebelum ini Yasmin pernah bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa Bella dicurah air panas sebanyak tiga kali sehari dengan menggunakan picagari dan cawan.

Menurut saksi itu, dia sendiri mengambil air panas tersebut daripada alat penapis air (Cuckoo) yang mana air itu ada mengeluarkan wap dan pernah tertumpah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Jumpa Dia, Jelas Kesan Kecederaan Fizikal..” – Peguam Pemerhati Harap Kes #JusticeForBella Dipercepat

ARTIKEL BERKAITAN:“Bella Sudah Cukup Istimewa Dimata Allah, Jadi Kenapa Kita Nak Buat Macam Tu…” – Siti Nurhaliza Akui ‘Terganggu’, Harap Kes #JusticeForBella Diadili Sebaik-baiknya

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Aktivis Mona Din Dakwa ‘Puak’ Siti Bainun Cipta Group Telegram ‘Bainun & Bella Story’ Untuk Cari Penyokong Putar Belitkan Fakta

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Laporan Perubatan Tiada Bukti Bella Dipaksa Makan 1,280 Cili Padi, Peguambela Siti Bainun Dakwa Saksi Ke-5 Dibayar Untuk Palsukan Keterangan

Dalam prosiding sama, saksi itu tidak bersetuju dengan soalan yang diajukan oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mengatakan bahawa seorang penghuni lain yang dikenali sebagai ‘Siti’ telah melihatnya mengikat Bella dan tidak memberi remaja itu minum air.

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, saksi  mengakui bahawa dia tidak menceritakan atau memberi maklumat mengenai kewujudan kain yang dikatakan disumbat pada mulut Bella kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi esok.

Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella. Dan, Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Jun 2021
Trending Wed, 21 Apr 2021

83 Kluster Dikesan Libatkan Sektor Pendidikan – KKM

Ibu bapa, guru dan pelajar patuh SOP okay!

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Jay Iswazir Sebak Ingat Pesanan Mak Sebelum Jadi Pelakon

Lakonan Aku Nazmi memang betul-betul hebat. Semoga terus berkarya dengan baik & ikhlas, Insya Allah kejayaan bakal mengiringi Jay lagi!

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Ellie Suriaty Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan Kepada Najib Razak

Tommy terpaksa membatal sidang medianya namun orang ramai terus menjerit dengan laungan ‘bahasa Melayu’.

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

Trending Mon, 24 Dec 2018

Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang