Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 1, 2022 @ 5:45pm

“Saya Memang Tidak Terlalu Terbuka Kongsi Hal Peribadi…” – Kekal Positif, Farawahida Tidak Mahu Banding Kehidupan Lalu

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu, Farawahida mengakui dia kini lebih bahagia dengan kehidupan baharunya bersama insan tersayang.

Menurutnya, walaupun selama ini dia agak berahsia dan tidak terlalu terbuka berkongsi hal peribadi namun, tindakannya itu adalah untuk menjaga privasi beberapa pihak termasuklah keluarga bekas suami.

Selain itu, dia juga mengakui tidak pernah membandingkan kehidupan baru dengan yang lama kerana mahu kekal positif dan fokus terhadap kehidupan dan kariernya sebagai seorang penyanyi.

“Kepada sesiapa yang mengenali Farah, saya memang jenis yang tidak berkongsi soal peribadi.

“Malah, sebelum ini juga (perkahwinan kedua) saya tidak menguar-uarkan kerana saya perlu menjaga privasi keluarga dan keluarga bekas suami.

“Saya tidak mahu membandingkan kehidupan baru dengan lama kerana saya seorang yang sangat positif. Saya nak yang terbaik dalam apa jua termasuklah kehidupan dan karier,” katanya kepada Xtra.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, anak kelahiran Taiping, Perak ini bakal tampil dengan lagu hasil ciptaan penyanyi dan komposer terkenal, Azlan & The Typewriter tidak lama lagi.

Sementara itu, Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, 37, ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena bersama Anak-Anak Yatim & Tahfiz di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya kelihatan semakin ‘slim’ dan berseri-seri.

Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.

“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.

“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.

“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi,” jelasnya.

Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.

“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.

“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.

“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Featured Thu, 10 Feb 2022

Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Tapi parents kena makesure anak-anak sihat sebelum pi sekolah okay! Batuk, selsema baik #stayathome.

Trending Thu, 16 Aug 2018

4 Gambar DiKongsi Sebelum Kematian

“Pria pada beberapa kesempatan menjadi penguasa nasib mereka”, Tetapi setiap momen tidak selalu sama dengan ungkapan Shakespeare.

Featured Fri, 2 Aug 2024
Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Fri, 6 May 2022

“Sambutan Raya Tahun Ini Penuh Freedom, Jauh Dari Segala Anasir Lain” – Shila Amzah

Alhamdulillah.. Sambutan hari raya penuh kebebasan buat Shila

LIFESTYLE Fri, 7 Dec 2018

Jangan Minum Air Mineral Didalam Kereta Yang Dibiar Lama

Air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana keberangkalian boleh bertukar menjadi racun.

error: Content is protected !!