Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2022 @ 8:00pm

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh artikel World Of Buzz mengenai kos penyelenggaran Istana Negara yang mencecah RM519 juta, rata-rata rakyat Malaysia terkejut dan mempersoalkan kos penyelenggaran itu amatlah tinggi dan sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan dan kegunaan lain.

“Kenyataan itu adalah benar tetapi…”

Justeru itu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil membuat kenyataan berkenaan spekulasi yang timbul menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter mereka.

Bahkan, JKR juga mengakui jumlah tersebut adalah benar namun ia adalah untuk penyelenggaraan selama 7 tahun  dan melibatkan kawasan seluas 24.13 hektar.

Bukan itu sahaja, JKR juga turut menegaskan kos penyelenggaraan ini perlu untuk negara kerana, Istana Negara mewakili kedaulatan dan identiti negara.

Menjengah di ruangan komen pula, pelbagai reaksi timbul dalam kalangan masyarakat berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JKR berhubung isu tersebut.

 

 

Sumber: Twitter, JKR Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

Featured Fri, 6 Dec 2024

Kurang Sel Darah Merah, Adira Dikejarkan Ke Hospital

Hasil pemeriksaan Adira didapati mengalami kekurangan sel darah merah.

Trending Mon, 27 Apr 2020

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Berita kematiannya mulai tersebar setelah dilihat tidak hadir ke acara penting..

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Kongsi Tips Untuk Murah Rezeki, Sarah Minta Suami…

Wow! Nak murah rezeki? Follow tips Sarah!

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Selamat Lahirkan Anak Lelaki…Tahniah Adira!

ifahamkan penyanyi yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini melahirkan lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi semalam.

error: Content is protected !!