Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 3, 2022 @ 6:13pm

[VIDEO] “Nampak Pondan Sikit Terus Ketawa…” – Solat Di Surau, Lelaki Lembut Terkilan Kena Ejek

Tular sebuah video yang memaparkan seorang individu mendakwa diejek dan ditertawakan oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah surau semasa menunaikan solat.

Melalui video perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok itu, Ikram Hamid atau lebih dikenali sebagai Jelly Belly menceritakan kejadian tersebut berlaku di surau sebuah hospital swasta di Pahang baru-baru ini.

“Assalamualaikum, saya nak bagi satu pesanan untuk rakyat Malaysia yang suka pergi surau, yang suka pergi masjid. Kalau nampak orang macam saya… pondan atau bapuk yang pergi masjid, tolonglah jangan gelakkan dia. Tolong jangan ketawakan dia.

“Kita nak pergi mengadap Allah ni kan, takkan la nak gelak. Nampak pondan sikit terus gelak. Janganlah macam tu, doa je baik-baik.” luahnya.

“Mana tahu kita orang boleh potong rambut macam korang ke, kita orang boleh pakai serban ke. Tak chill, sedih sangat saya rasa. Kenapa orang nak ketawakan kita pergi solat.” ujarnya lagi.

@jellybelyyy Please respect.. Doa yg baik2 je.. Kesian kalau kena dekat kawan2 sy jugak 😭 #fypシ ♬ original sound – JELLY BELLY

Memetik daripada laporan mStar, Jelly menceritakan situasi tersebut adalah salah satu cabaran yang dihadapi oleh lelaki lembut di Malaysia. Dia juga menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

“Saya berada di hospital untuk melawat kakak. Masa tu waktu asar, dah agak lewat. Saya masuk ke surau hospital, tiada sesiapa pada waktu itu dan saya solat seperti biasa.

“Masa nak keluar, ada tiga ke empat orang lelaki macam technician, mereka masuk ke surau dan pandang saya pelik. Saya senyum je la apabila orang masuk, kemudian saya tunduk dan keluar.

“Mereka ketawa berdekah-dekah, dia mention bapuk weh. Dia gelak-gelak. Masa tu saya berpakaian normal. Saya pakai kurta lengan pendek. Mungkin sebab saya berisi, mereka nampak shape badan saya, nampak ke arah dia fikir saya ni perempuan.” cerita Jelly.

Isu ini mendapat perhatian ramai warganet di TikTok, rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat dan komen yang positif untuk golongan lelaki lembut seperti Jelly. Sehingga hari ini, video perkongsian tersebut berjaya meraih lebih 19,000 tontonan.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Aug 2025

[VIDEO] Syasya Rizal Tepis Dakwaan Tolak Kepala Anak Kuat Demi Trend TikTok

Syasya Rizal perjelas video trend tiktok dilajukan

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sat, 3 Feb 2018

BTS AND MORE TOPS FORBES KOREA 2030 POWER LEADERS LIST

The Forbes 2030 Power Leaders list is a prestigious award and we’re so proud to say that these youngsters made it into it.

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Netizen mempersoalkan sama ada ciapan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan

Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

独具一格的Gegaria嘉年华

你有多久没有参与户外活动?周末是不是都宅在家、逛购物商场,又或只是看电影呢?小编上周六就去到了关丹达鲁尔马克穆尔体育场参与“Gegaria嘉年华”,从早到晚可说是节目不间断,无论是吃喝玩乐,都可在这里找到,绝对适合一家大小。

error: Content is protected !!