Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops August 8, 2018 @ 8:00pm

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Acara tahunan yang gilang-gemilang bagi bidang fesyen adalah digelar Fashion Week. Ia diadakan di banyak lokasi seluruh dunia tapi yang paling meriah rasanya adalah di New York.

Tahun ini, New York Fashion Week (NYFW) akan berlangsung dari 6 hingga 14 September. Fashion designers yang top-top dari serata dunia akan sertai untuk peragakan rekaan mereka. Macam-macam jenis gaya yang ada!

Yang menariknya, beberapa orang pereka fesyen Malaysia juga turut berpeluang untuk menayangkan busana mereka sendiri di acara ini! Wow! Bukan senang nak dapat!

Ini adalah sebuah inisiatif oleh badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati) yang menamakannya sebagai “Malaysia Fashion & Business Mission To New York”.

Seramai 18 orang pereka fesyen tempatan termasuklah Rizman Ruzaini, Nur Fazura dan Erma Fatima akan diterbangkan ke New York untuk menyertai Fashion Week di sana menerusi dua acara berbeza.

Dari 7 September, Couture Fashion Week New York akan berlangsung selama 4 hari. Peniagawati dilaporkan telah ‘book’ sebuah slot salah satu hari daripadanya khas untuk pereka fesyen dari Malaysia. Wah!

Pereka fesyen Malaysia yang terlibat adalah:

  • Nur Fazura (Fazbulous)
  • Rizman & Wan Mohd Ruzaini (Rizman Ruzaini)
  • Hafizi & Izree (Fiziwoo)
  • Vie Shanti (V Hijrah)
  • Erma Fatima (Mak Cun)
  • Adli Afandi (Adli Afandi)
  • Ummi Hafilda (Hafilda Prestige)
  • Yustie Majid (Touch Of Songket)
  • Scha Salleh (Alame)
  • Erny Yusmiarty (Raeesa)
  • Nancy Jullok (P’Lo)
  • Datin Sharifah Shawati (Adamaya)

Acara NYC Live! @ Fashion Week pula adalah untuk pereka fesyen pakaian ready-to-wear, dan akan berlangsung pada 13 September. Pereka fesyen Malaysia yang mengambil bahagian adalah:

  • Azwin Shafinaz – Shafinaz
  • Datin Norliza Razali – Meraki Melon
  • Yen Lee & Shiau Lee – MAGLifestyle
  • Zsimon – U-Ollz
  • Kiran Tuljaram – Elevate
  • Datin Norita Anis – Hidha

Harumkan nama negara

Misi ke New York ini bukan hanya melibatkan orang-orang fesyen. Seramai 80 usahawan Malaysia akan membawa produk serta perkhidmatan mereka ke New York menerusi program ini untuk tahun ini.

Harapannya adalah agar pasaran bagi usahawan Malaysia diperluaskan serta kesedaran tentang produk Malaysia dalam kalangan orang Amerika ditingkatkan lagi.

Dengan kerjasama pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York, Peniagawati akan bantu usahakan Malaysia untuk mencari pembeli atau rakan niaga yang berpotensi serta mempamerkan barangan mereka.

Semua ini adalah rentetan bagi kejayaan misi yang sama yang dimulakan pada tahun lepas di mana pereka fesyen Erma Fatima (atas jenama Mak Cun), Sara Jamaluddin (Sara J) dan Shah Rizal Irza Zulkiply (Eja Shahril) telah mewakili Malaysia di pentas fesyen New York.

“Ramai orang yang hadir tak tahu apa-apa pasal Malaysia,” kata Presiden Peniagawati Datuk Azlin Ahmad Shaharbi kepada Hijab & Heels. “Yang paling kelakar, mereka kata mereka tak sangka yang wanita Muslim boleh tampil dengan begitu glam sekali!

“Macamlah kita ini tak membangun! Sayanglah kalau budaya dan bakat seni kita tak diketengahkan kerana ada banyak yang kita boleh kongsikan kepada dunia.”

Misi ini adalah mengikuti dasar kerajaan yang menggalakkan industri kecil dan sederhana untuk menceburi pasaran eksport bagi memantapkan lagi perniagaan mereka yang sekaligus akan menyumbang kepada ekonomi negara.

Ekoran daripada misi tahun lepas, Shah Rizal diberi peluang untuk menghasilkan baju uniform untuk para pelayan sebuah restoran di New York. Wow!

“Setakat ini, kami lebih banyak melakukan aktiviti networking, di mana kami bersuai kenal dengan orang-orang industri di sana,” kata Azlin. “Kalau kita bertuah, barangan kita akan dipilih untuk dijual di pusat beli-belah mereka.”

Dia menambah yang usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan berperingkat, supaya lebih ramai orang asing akan ketahui kebolehan bakat tempatan serta supaya ia melekat di minda mereka.

“Misi ini bukan untuk ahli Peniagawati saja, ya! Kami di Peniagawati ingin membantu mana-mana usahawan yang berhak untuk diketengahkan di persada dunia,” kata Azlin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Sep 2018

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Pastikan anda membersihkan kulit wajah, tanggalkan gincu dan maskara terlebih dulu sebelum tidur.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

9 Kesalahan Kecantikan Yang Sering Dilakukan Wanita. Patutlah Tak Cantik-Cantik

Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Namun, tanpa disedari, mereka turut melakukan kesalahan kecantikan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Featured Wed, 2 May 2018

Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Tona Kulit Anda, Jangan Nampak Macam Badut Pula!

Anda kena pilih betul-betul, jangan main pakai saja!

Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018

Ikuti 11 Tip Fesyen Ini Supaya Anda Nampak ‘Mewah’

Tak semestinya anda perlu beli pakaian atau aksesori mahal-mahal.

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Tampil Vogue Dengan Gaya Big Bouncy Hair. Memang Mengancam Habis!

Big bouncy hair bisa merubah penampilan seorang gadis biasa-biasa kepada imej wanita vogue dan glamorous.

error: Content is protected !!