Trending By: Maya Basir June 8, 2022 @ 3:46pm

Seorang Individu Dijangkiti Cacar Monyet Di Singapura

Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan seorang individu dijangkiti cacar monyet di kawasan transit Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun dalam perjalanan ke Australia.

Individu tersebut berangkat dari Barcelona pada 1 Jun lalu untuk ke Australia, diuji positif cacar monyet setiba di Sydney keesokannya.

Berita Harian Singapura melaporkan, Kementerian Kesihatan New South Wales, Australia memaklumkan MOH tentang perkara itu.

Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya dijangkiti daripada haiwan dan kes penyakit itu sudah semakin meningkat di seluruh dunia.

Tanda-tanda penyakit itu termasuk demam panas dan ruam seperti cacar air yang bergelembung, yang mengambil beberapa minggu untuk hilang.

Setakat ini, masih tiada kes cacar monyet tempatan dikesan di Singapura pada tahun ini.

Menurut MOH, individu berkenaan tidak keluar dari kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada hari yang sama dan tidak mengunjungi kawasan lain di lapangan terbang itu.

“Oleh sebab kes itu tidak memasuki Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam masyarakat, tidak ada risiko besar penularan masyarakat buat masa ini.

“Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, kami melakukan penjejakan kontak bagi dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin mempunyai kontak dengan pelancong itu di kawasan transit lapangan terbang,” kata MOH.

Tambah MOH, tidak ada individu yang mempunyai kontak rapat dengan pelancong itu, jadi tidak ada keperluan bagi kuarantin.

Namun, seramai 13 orang yang mungkin mempunyai kontak biasa dengan pelancong itu sudah diletakkan di bawah pengawasan telefon selama 21 hari.

Mereka ini akan menerima panggilan harian untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka sehingga akhir tempoh pemantauan.

MOH berkata, sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) bagi penilaian lanjut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata 780 kes cacar monyet yang disahkan di makmal telah dilaporkan kepada badan itu dari 27 negara bukan endemik, dan tahap risiko global adalah sederhana setakat Ahad lalu.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Events Wed, 7 Dec 2022

Nusa Fest Bakal Menggabungkan Tiga Negara Dalam Satu Lokasi!

Untuk suku pertama 2023, Shiraz projects Sdn Bhd bakal membawakan kepada khalayak ramai sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada Sabtu dan Ahad, 4 & 5 […]

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Terdesak Sangat Ke Sis Nak Famous?” – Wanita ini Dikecam Gara-Gara ‘Claim’ Pernah Jadi Bekas Kekasih Ryan Bakery

Serius lah akak? Akak bekas girlfriend Ryan Bakery eh???💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

Trending Sat, 19 Jan 2019

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]