Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 13, 2022 @ 4:07pm

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis menyifatkan kata-kata negatif dan cacian netizen merupakan salah satu ‘free marketing’ dalam meningkatkan jualan perniagaannya.

Menerusi perkongsian Farra di Instagram, dia menerima satu mesej daripada pengikutnya yang bertanyakan cara bagaimana dia mengendalikan komen-komen negatif dengan tenang.

Farra menjawab dia tidak dapat memuaskan hati manusia dan daripada kata-kata negatif itu juga dapat membantu dalam perniagaan.

“Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu.

“Kenapa Elis nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan sedangkan mereka sedang memberi faedah dekat saya tanpa mereka sedar.

“Viral, buatkan saya lagi tambah pengikut dan lonjakkan jualan saya. UNTUNG ‘FREE MARKETING’.

“Bukan saya minta, mereka sendiri yang sukarela nak tolong,” tulis Farra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farra InaLis (@farra_inalis)

Menurutnya, netizen yang sanggup memberikan komen negatif kepada dirinya dianggap manusia yang ada penyakit hati.

Tambah Farra, isu dia tidak bertudung adalah urusannya dengan Tuhan dan netizen tidak berhak untuk menghukum.

“Walaupun saya ‘free hair’, tak bermakna saya jahat. Saya berdosa urusan saya dengan Allah, saya boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya.

“Saya dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong ingatkan saya “kesian suami tanggung dosa”. Hello, dia tahu dengan siapa dia berkahwin.

“Kalian sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing,” tulisnya.

Farra menganggap netizen yang digelar makcik dan pakcik bawang sebagai mereka yang inginkan perhatian dan populariti.

“Pada saya, semua komen-komen negatif itu saya anggap mungkin Makcik atau pakcik bawang perlu perhatian atau nak tumpang glamor dekat komen.

“Biarkan lah, kesian hidup sunyi sangat tiada benda seronok kan? Mungkin fitnah/hina orang boleh buat dia (netizen) rasa bahagia.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi sokongan dan kata-kata semangat supaya tidak mempedulikan komen negatif serta jadi dirinya sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]

error: Content is protected !!