Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 15, 2022 @ 9:35am

“Nak Putar Belit Je Kerja Kau Eh? “- Fify Azmi Selar Kenyataan Nora, Konon Tak Perasan Duit RM15,000 Masuk Akaun Peribadi…Peguam pun dah Lantik!

Isu rembat duit sebanyak RM15,000 yang dilakukan oleh pengurus peribadi kepada pelakon, Fify Azmi yang dikenali sebagai Nora masih hangat diperkatakan.

Malah, kontroversi melibatkan kedua belah pihak kini dilihat semakin berlarutan apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia ‘Menganjing’ Padan Muka Kau…” – PA Fify Azmi Terkilan Isu Songlap Duit Aibkan Keluarga, Ibu Menangis

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rembat Duit RM15,000… Bekas PA Dakwa Fify Azmi Ambil Barang Terlarang?

Terbaharu, Nora dikatakan terkilan dengan tindakan ‘melampau’ Fify kerana bertindak memuat naik foto wajahnya di Instagram sehingga menjatuhkan nama baik dan maruah keluarga beliau.

Bagaimanapun, Fify dilihat membalas kenyataan tersebut menerusi muat naik di InstaStory miliknya menyelar tindakan Nora yang kononnya terkilan dengan tindakan beliau selama ni.

“Masalahnya sekarang kan… kau amik tak duit Fify yang RM15,000 tu? Oh…. tak perasan eh duit tu masuk.

“And sekarang kau nak cakap pasal terkilan pula ek…. nak putar belit keje la kau ni,” tulisnya.

Terbaharu, Fify difahamkan sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkaitan duitnya serta kenyataan buruk yang dikeluarkan oleh Nora terhadap dirinya.

“Saya tidak ada masalah untuk berhadapan dengan dia. Tapi sekarang ini biarlah pihak polis sahaja yang mengendalikan kes ini.

“Saya sudah melantik peguam berhubung kes dia membawa lari wang tersebut dan tindakannya memburukkan nama saya.,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ni Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jul 2024
Featured Mon, 12 Jun 2023

Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Amboi kemain netizen sampai libatkan arwah ayah dia 🥲

Featured Mon, 12 Apr 2021

Benzoloo, Jonathan Tse Kini Semakin “Bebas”..

Kredibiliti muzikal dalam diri dua penyanyi, Benzooloo dan Jonathan Tse tidak perlu disangkal semakin terbukti berada dalam kelas tersendiri. Kini mereka tampil bergabung menerusi lagu terbaru berjudul Bebas. Bebas adalah lagu kedua kerjasama mereka selepas […]

Kisah Viral Thu, 23 May 2024
Featured Fri, 13 Jul 2018

Ini Resepi Keropok Lekor Viral Guna Mi Segera. Memang Rangup Dan Sedap!

Sekali gigit memang rangup keropok lekor mi segera ini!

error: Content is protected !!