Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 15, 2022 @ 2:18pm

Shuib Dipanggil ‘Gentleman’, Peminat Kenenkan Dengan Zara Zya – “Kalau Dengan Dia, I Suka”

Selepas pemergian penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib kerap dijodohkan oleh netizen bersama beberapa selebriti wanita tanah air antaranya, Siti Nordiana dan Datuk Seri Vida.

Kali ini, peminat seakan-akan menjodohkan Shuib dengan pelakon Zara Zya selepas video yang dimuat naik pelakon wanita itu menerusi TikTok tular semalam.

@zarazyaofficial Sampai ke pintu dia hantar.. @shuibsepahtu #ZaraZyaOfficial ♬ original sound – Marbitter – Marbitter 🇲🇾

Menerusi perkongsian itu juga, peminat memuji cara layanan Shuib terhadap pelakon wanita itu yang dikatakan ‘gentleman’.

“Cara dia layan perempuan tu nmpak dia mahal.. Dia jenis menghargai dan menghormati wanita.. Susah nak dpt.. limited edition,” komen seorang netizen.

“Shuib memang gentle. Salah seorang artis yang aku suka. Hormat wanita,” tulis seorang pengikutnya.

Namun, Zara tampil mengulas perkara tersebut dan memohon agar netizen berfikir lebih positif serta mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Apa yang pasti, saya terhibur dengan komen netizen dan wargamaya pada hari ini. Semoga semua sentiasa berfikiran positif dan mendoakan yang terbaik buat saya.

“Setiap kali saya memuat naik sebarang video atau gambar di media sosial, pasti ada yang menjodohkan. Tidak sangka pula perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat,” kata Zara.

Memetik laporan Harian Metro, Zara juga tidak kisah dengan sebarang komen warganet selagi tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Pelakon wanita itu turut menegaskan agar peminat berhenti menjodohkannya bersama Shuib kerana mereka berdua mempunyai kehidupan sendiri.

Walaubagaimanapun, Shuib pernah menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh menggantikan tempat arwah isterinya biarpun bertemu seseorang yang menyerupai Allahyarham, Siti Sarah Raisuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mahu Elak, Tak Sanggup Dan Semestinya Tak Ada Pengganti Untuk Dia” – Shuib Enggan Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang […]

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Trending Mon, 17 Aug 2020
Events Sat, 5 Jan 2019

「五福星」再发贺岁专辑!伍家辉望占贺岁市场一席位

阔别5年,五福星再度发行全新创作新年歌《五福星又报喜》!伍家辉首当贺岁歌曲制作人,望能占大马贺岁市场一席之位。

Luar Negara Mon, 30 May 2022

Schumacher Terbabit Kemalangan Ngeri Di Litar Monaco

Mick Schumacher alami kemalangan kedua di litar Monaco selepas kemalangan di Arab Saudi.

error: Content is protected !!