Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 16, 2022 @ 10:47pm

“Berniagalah Dengan Betul” – Siti Nurhaliza Berang Gambarnya & Suami Jadi Bahan Iklan Palsu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada semua peniaga untuk berniaga secara jujur.

Menerusi perkongsian Siti di Instagram, dia terkilan apabila wujud peniaga yang menggunakan gambar dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tanpa kebenaran untuk menarik pelanggan.

“Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami.

“Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menurut Siti, dia sudah mengalami perkara seperti ini berulang kali dan berpesan kepada peniaga jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul.

“Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” tulisnya.

Susulan iklan-iklan yang menggunakan wajahnya dan suami, Siti menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan produk peniaga berkenaan.

Siti juga menasihati para peniaga untuk mencari keberkatan dalam berniaga dan tidak menggunakan iklan palsu untuk melariskan produk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Masuk Islam Bukan Sebab Saya’- Ezlynn

Ezlynn mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa lain.

Featured Thu, 3 Nov 2022

Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Epik sangat konsep EDM lagu Pudar & Hey Ladies! Min loveee! Karen banget Konsert Rossa 25 Shinning Years! Semoga ketemu lagi ya Teh Oca ❤️❤️

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Featured Tue, 27 May 2025
Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

error: Content is protected !!