Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 22, 2018 @ 1:00am

Kugiran Masdo Pergi London?

Siapa agaknya yang tidak teruja apabila mendapat pelawaan untuk merakamkan lagu di Kota London bukan? 

Justeru itu, band yang mula meningkat naik ini mengakui cukup teruja apabila diberikan peluang untuk merakamkan single terbaru mereka di sana pada Ogos depan. Mereka memberitahu menerima tawaran berkenaan daripada Kumpulan, The Bootleg Beatles.

Selaku Vokalis Kugiran Masdo, Ali memberitahu kumpulannya turut mendapat bantuan daripada AG Coco dan Kumpulan Hujan sebagai persiapan mereka untuk membuat persembahan di sana nanti. 

“Sukar untuk digambarkan perasaan teruja masing-masing apabila mendapat tawaran merakamkan lagu di sana daripada pemain gitar Th Bootleg Beatles ketika kami menjayakan persembahan pada konsert jelajah kumpulan itu di ibu kota, tahun lalu. Buat masa ini, kami masih membuat persiapan akhir untuk tujuan itu, termasuk dari segi vokal dan instrumen. Dan harapannya adalah semua berjalan dengan baik dan lancar.” Jelasnya

Kumpulan yang dianggotai oleh 4 anak muda yang terdiri daripada Ali (Vokalis), Putu Ceri (pemain Bass), Azham Ahmad (dram) dan Asmawi (gitar) ini bukan sahaja menghiburkan peminatnya disetiap siri jelajah Gegaria anjuran Media Prima Berhad, malah mereka juga turut mengambil peluang ini untuk menjual cakera padat dan baju T-shirt keluaran mereka sendiri. 

Apapun, kami di xtra.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada Kugiran Masdo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Lima protege mempamerkan persembahan hebat malam tadi. Siapa agaknya yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan konsert Mentor 7 separuh akhir pada 23 Disember pada jam 9 malam di TV3. Tak sabarnya!

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

Hiburan Mon, 26 May 2025
Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

error: Content is protected !!