Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 19, 2022 @ 3:34pm

Langsung Tak Tahu Adibah Noor Ada Kanser, Bapa Kongsi Keperibadian Arwah Semasa Hidup

Jenazah penyanyi Allahyarhamah Adibah Noor telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, pada jam 11.30 pagi, hari ini.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamed Omar Zainal Abidin, 89, dia tidak mengetahui anaknya menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.

Memetik laporan Harian Metro, perkongsian tersebut dibuat oleh bapanya ketika ditemui selepas proses pengurusan jenazah selesai.

“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Dia pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga,” kata Omar.

Omar juga sempat memuji keperibadian Allahyarham sepanjang dia masih hidup dan memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buat anaknya.

“Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.

“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya.

Selain itu, bapa Allahyarham juga menyifatkan penyanyi itu bukan jenis yang suka menyusahkan walaupun ahli keluarga sendiri.

“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.

“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.

Jenazah arwah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, sekitar jam 9 pagi tadi.

Selain ahli keluarga, rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf, Kali Ini Aku Tak Dapat Tolong…” – Beberapa Tweet Terakhir Seakan Memberi Petanda, Netizen Tangisi Pemergian Adibah Noor

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf Kami Terpaksa ‘Kunci Mulut’ Sebab…” – Pegang Amanah Arwah, Ani Maiyuni Dedah Punca Adibah Noor Susut

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni Berang, Si Mulut Puaka Dakwa Adibah Noor Potong Usus!

ARTIKEL BERKAITAN: Adibah Noor Bakal Dirindui, Ini Antara 5 Karya Hebat Insan ‘Terlalu Istimewa’

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

「马来魔」郑建威摘大马预选赛冠军!5月赴中国参赛

「马来魔」郑建威摘马来西亚预选赛冠军!5月初赴中国参加《中国新说唱》60 秒个人赛。

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Events Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

error: Content is protected !!