Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 24, 2022 @ 6:42pm

“Melampau! Nama Mereka Mula Meletup Sebab Drama Saya!” – Tarik Diri Saat Akhir, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Penerbit terkenal Datuk A. Aida mendedahkan syarikatnya, A. Aida Production (AAP) akan mengambil tindakan saman terhadap dua pelakon hebat tanah air iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan ekoran melanggar kontrak penggambaran drama terbitannya.

Tampil mengulas lanjut, pengarah, Riza Baharudin, kedua-dua pelakon ini telah menandatangi kontrak perjanjian dan mengambil bayaran sebanyak lima peratus untuk menjadi hero dan heroin dalam drama terbaru berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Tambahnya lagi, pengurus Amelia memaklumkan dia menarik diri sehari sebelum penggambaran berlangsung, malam 15 Jun, dan disusuli oleh Idris yang turut menarik diri pada hari sepatutnya penggambaran drama berlangsung iaitu pada 16 Jun.

“Pada 15 Jun malam tu saya dapat message daripada pengurus Amelia, memberitahu dia menarik diri atas beberapa faktor yang saya rasa tak masuk akal.

“Selepas itu, pada keesokkan harinya semasa hari penggambaran, pengurus Idris pula beritahu dia turut menarik diri. Perbualan kami segalanya berada di platform WhatsApp,” dedah Riza.

Dalam pada itu, Aida turut meluahkan rasa terkilan apabila alasan Idris untuk menarik diri dianggap sangat tidak wajar sebagai seorang pelakon berkaliber.

“Saya speechless, kita dah sign kontrak lama, dah ambil bayaran 5 peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu dia ambil drama ni sebab Amelia. Jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama. Mengarut, sangat tak profesional!

“Disebabkan tindakan mereka itu, saya kerugian hampir RM150,000 setelah mengambil kira kos praproduksi yang telah dibuat.

“Masa sesi skrip reading datang, dah briefing karakter bukan main, lagipun kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini 1 juta punya projek,” luah Aida.

Jelas Aida lagi, perjalanan karier seni dan nama selebriti tanah air Amelia dan Idris mula popular dengan pelbagai drama hit tempatan terbitannya, namun tidak menyangka ini balasan yang diterima.

“Amelia itu nama dia meletup sebab drama saya kot, Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya, daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu-satu.

“Saya tak sangka mereka berperangai macam ni, sangat tak professional,” katanya lagi.

Sementara itu, Aida turut disoal sama ada mereka ada memujuk dua figura tersebut, namun penerbit drama hebat itu menegaskan dia terlalu penat ‘dikencing’ oleh pelakon-pelakon tanah air.

“Nak pujuk tu tidaklah, no way! Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang diorang tak mahu. Saya dah tiga kali dikencing dalam hal sebegini,” katanya.

Namun begitu, Riza yang tidak mahu mengeruhkan keadaan telah mengambil langkah memujuk kedua-dua pelakon tersebut, namun panggilannya tidak dijawab.

“Ikutkan masa pembacaan skrip, dua-dua berminat. Tapi bila pihak Amelia kata skrip tersebut tak memenuhi kehendak dia, dia tarik diri. Saya cuba untuk pujuk tapi bila orang dah tak mahu, saya tak boleh nak buat apa,” jelas Riza lagi.

Aida ditemui bersama pengarah drama tersebut, Riza Baharudin dan peguam daripada syarikat guaman Zulapdli & Edham, Ashmadi Othman dalam satu sidang akhbar tergemar sidang media yang diadakan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur petang Jumaat.

Susulan itu, peguam Ashmadi memberitahu pihak media bahawa pihak guaman telah mengemukakan surat saman pada tiga hari yang lalu.

“AAP dan pihak kami mengambil langkah pantas dengan mengemukakan surat saman pada Rabu lepas.

“Surat tu dalam perjalanan sekarang dan pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan telah mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” jelas Ashmadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Aug 2025
Featured Tue, 16 Aug 2022

Cukup Sekadar Simbolik! Alif Satar Enggan Lakonkan Adegan Intim – “Saya Nak Pegang Tangan Pun…”

Bukan mahu ‘berlagak alim’ tapi Alif Satar mahu menghormati status sebagai suami dan bapa 😊

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jika Ada BF, Saya Lalai… Rasa Nak Berkepit Je” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka. Jarang membuka topik mengenai cerita peribadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, masih belum terbuka untuk mempunyai […]

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Berat

Armin yang bekerja sendiri itu didakwa  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Dan Jika Sabit Kesalahan, Bekas Ketua Pramugara itu boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-dua dari mana-mana seksaan itu

Trending Mon, 25 Nov 2019

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Bahayanya! Mesti pemandu tak sempat elak…

Hiburan Sat, 14 May 2022
error: Content is protected !!