Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 8, 2018 @ 4:28am

Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Berat

Suami kepada penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain kini menghadapi pertuduhan lebih berat apabila Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman kepada Armin Zaharin Ahmad Zambri kerana menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan. 

Armin Zaharin tiba dimahkamah dengan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar jeans tetap dengan pengakuan beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Armin yang bekerja sendiri itu didakwa  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Dan, jika Sabit Kesalahan, Bekas Ketua Pramugara itu boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-dua dari mana-mana seksaan itu.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin RM5K dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April ini sebagai tarikh serahan dokumen. Manakala, kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi. 

Kami juga difahamkan bahawa, Armin ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas tiada ahli keluarga atau rakan yang datang untuk membayar wang jaminan beliau. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Buka Tirai Album Kedua, Aina Abdul Lancar Single Pop Jazz ‘Berjauh-an’… Jalin Kerjasama Dengan Penerbit Indonesia

Lagu Berjauh-an dipilih oleh Aina Abdul sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini.

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Bakal bawa ‘penumpang’ ke misi kemanusiaan!

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Thu, 5 Mar 2026

“Semoga Mommy Kuat Untuk Jaga Fatima Sampai Tua Nanti”- Fazura Tahan Sebak Titip Ucapan Untuk Fatima Di Usia 15 Tahun

Selebriti terkenal, Fazura tidak dapat menahan sebak ketika menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di usia 15 tahun nanti.

Hiburan Thu, 14 Sep 2023
error: Content is protected !!