Euforia Bola 2026
Events By: Fatin Nurain June 26, 2022 @ 3:27pm

Tampil Dengan Persalinan ‘Brilliant’, Aina Abdul Peragakan ‘Outfit’ Terdiri Dari Lebih 150 Rambut Palsu!

Penyanyi Aina Abdul menggayakan tiga persalinan unik pada malam pertama konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.

Setiap busana yang diperagakan itu mempunyai simbolik tersendiri namun, yang lebih menjadi tumpuan ramai ialah, penyanyi itu mengenakan baju yang mempunyai 150 rambut palsu.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Gani, 29, persalinan pertamanya yang dipenuhi perincian rambut tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza.

“Kesemua persalinan ada ceritanya masing. masing. ‘Outfit’ yang pertama boleh dikatakan sebagai “the alter-ego of Aina Abdul’. Ia menggunakan lebih 150 unit rambut palsu yang diimport dan dicampur bersama rambut asli.

“Agak berat untuk dipakai tetapi selesa, kukuh. Persalinan tersebut dibuat pereka Melinda Looi.

“Sebenarnya idea untuk menggunakan material rambut sebenarnya datang hasil perbincangan bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi atau dibincangkan,” jelasnya

Disebabkan selalu meluahkan keinginannya untuk menggunakan ‘material’ yang lain dari yang lain, maka penata gayanya menunjukkan baju rambut tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Menurut pelantun lagu Sumpah itu, dia tidak sabar melihat reaksi orang ramai mengenai persalinan ‘brilliant’ yang direka oleh Melinda Looi itu.

“Saya tertarik dan pereka yang saya terfikir ketika itu ialah Melinda Looi memandangkan beliau selalu berfikir di luar kotak.

“Sebab itulah kita panggil busana tersebut sebagai ‘The Hair Outfit’. Jujurnya saya tidak sabar untuk melihat apa reaksi peminat di luar sana dengan persalinan ‘rambut’ itu.

“Bagi saya ia persalinan yang brilliant. Tak pernah difikir orang tetapi berkat pasukan saya, kami bersama-sama seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang sangat berbeza,” katanya.

Aina turut menggayakan busana gaun kembang rona jingga rekaan Zaimi Zulkafli yang menggunakan lebih 2,000 meter kain dan dress sarat tassel rekaan Rizaman Ruzaini, semalam.

 

Untuk sidang media dan sesi ‘meet and greet’ bersama penonton, Aina telah memperagakan baju dari Kuntum.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Standing Ovation’ Buat Aina Abdul, Persembahan Yang Amat Memukau Di Hari Pertama Konsert!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jangan datang dengan imej selekeh ok?

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

8 Minggu Bertarung, Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan […]

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh

error: Content is protected !!