Euforia Bola 2026
Events By: Fatin Nurain June 26, 2022 @ 12:16pm

‘Standing Ovation’ Buat Aina Abdul, Persembahan Yang Amat Memukau Di Hari Pertama Konsert!

Terima ‘Standing Ovation’ dari penonton, itulah gambaran seusai hari pertama konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di pentas berprestij, Istana Budaya.

Siapa sangka, penyanyi yang memulakan kerjaya nyanyiannya dengan menyanyi di kelab malam ini, berjaya membuktikan dirinya mampu mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian ke peringkat terkemuka.

Aina yang terkenal dengan vokalnya yang lunak dan lantang itu juga dilihat berjaya menyajikan persembahan yang bertenaga dan beremosi buat semua penonton yang hadir, semalam.

Mana taknya, persembahan yang berlangsung selama satu jam ini seolah-olah membuatkan penonton dipukau dengan setiap lontaran lagu yang dibawakan oleh penyanyi kecil molek ini.

Dari Fool, Maybe, Reminiscing, Sumpah, Kelip-kelip, Mengapa, Gemilang, Listen, Nada Kalbu dan Ini Yang Kau Mahu antara lebih 25 lagu termasuk Medley yang disampaikan secara bertenaga oleh Aina di hari pertama konsertnya.

Aina juga turut menyanyikan lagu terbaharunya, Terus Hidup yang mempunyai kisah dan maksud yang tersendiri buat pertama kali di pentas itu.

Setiap lagu yang disampaikan penuh cerita suka duka, pahit manis dan kenangan tersendiri buat Aina yang dikongsikan dengan penyampaian yang penuh beremosi sehingga ada di antara penonton yang menitiskan air mata.

Di pentas mega itu juga, penyanyi yang sinonim dengan ‘fesyen unik’ nya itu tidak ketinggalan tampil berani dengan busana yang direka khas oleh beberapa ‘designer’ terkemuka seperti Melinda Looi, Zaimi Zulkafli dan Rizman Ruzaini.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini turut menyerlahkan bakat nyanyiannya dalam bahasa asing seperti Pangako Sa Yo, I Will Go To You Like A First Snow dan How You Like That.

Menutup tirai konsertnya pada hari pertama dengan penuh gemilang, Aina turut menyanyikan lagu Semalam dan Sepi dengan gubahan muzik berbeza diketuai oleh Mac Chew dan Jenny Chin.

Konsert ini melakar tanda aras tersendiri dan ia sekaligus membuktikan Aina antara penyanyi wanita yang unggul dalam industri nyanyian tanah air.

Malah, konsert ini juga turut dihadiri oleh barisan selebriti popular tanah air seperti, Ziana Zain, Rozita Che Wan, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Dec 2019

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti […]

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Featured Sat, 31 Jan 2026

Dari Rakan Kerja Jadi Rakan Serumah, PU Riz Kongsi Kisah Pilih Neelofa Sebagai Isteri

Kata PU Riz keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan didorong oleh kisah cinta semata-mata

Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Events Mon, 23 Jul 2018

Kevin Hart Will be Making Malaysians LOL During His Tour

The man himself will be making a pit stop in

Events Fri, 3 Aug 2018

Sales King TV Kini Di Wow Kan Oleh Ahli Running Man?

CJ WOW SHOP kali ini menyajikan penonton Malaysia dengan Sales King TV iaitu program hiburan aneka ragam serta jualan menerusi siaran langsung di kaca TV anda

error: Content is protected !!