Euforia Bola 2026
Events By: Del14 December 20, 2019 @ 8:17pm

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun.

Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bersama 35 orang anak- anak asnaf dan yatim dari Taman Putra Perdana, Puchong.

Selari dengan tempoh tayangan filem animasi tempatan yang telah pun meraih kutipan lebih RM 20 juta, Ejen Ali The Movie, Media Prima Digital telah membawa seramai 35 orang anak-anak asnaf dan yatim bersama 5 orang penjaga untuk menonton filem tersebut, bertempat di TGV Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya.


Terdahulu, sebelum tayangan bermula, kesemua anak-anak ini dibawa untuk makan tengah hari bersama-sama dengan dua selebriti jemputan yang turut memeriahkan acara CSR ini iaitu Nabila Razali dan Indah Ruhaila.

“Kami berbesar hati dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan anak-anak ini.

“Ini juga sebagai satu tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia terhadap aplikasi dan permainan mudah alih yang dibangunkan Media Prima Digital dan kami zahirkan rasa kesyukuran kami menerusi aktiviti CSR ini,” kata Rafiq Razali, Ketua Pengarah Eksekutif, Media Prima Digital yang turut bertanggungjawab membangunkan permainan Ejen Ali Emergency.

Tambahnya lagi, “Kami juga berharap selain dapat menceriakan mereka, sedikit sumbangan wang ringgit yang diberikan dapat menampung kos perbelanjaan harian anak-anak ini. Sebagaimana Ejen Ali yang sentiasa bertindak segera, kami mahu memainkan peranan kami sebagai sebuah organisasi media yang prihatin dan sentiasa bersama komuniti semua”.

Selain itu, Anak-anak Asnaf dan Yatim Taman Putra Perdana, Puchong ini juga telah menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 dari Media Prima Digital untuk kegunaan perbelanjaan harian mereka.

Acara santai ini menandakan penutup bagi aktiviti CSR bagi tahun 2019 kumpulan Media Prima Digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…

Hiburan Wed, 5 Nov 2025
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

‘Nak Naik Tangga Pun Mengah’-Remy Ishak Mula Rimas?

Saya cuba lari daripada ‘Remy Ishak’ yang anda selalu nampak. Tak adalah asyik berlakon cerita cinta sahaja kan?

Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Beri Bayangan Seakan Tunggu Giliran Jadi Suami Isteri, Azira Shafinaz Serah Soal Kahwin Pada Jodoh

Macam dah ada bau nasi minyak lah.. Semoga dipermudahkan urusan

Featured Wed, 19 Oct 2022
error: Content is protected !!