Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 27, 2022 @ 7:16pm

“Kesian Tengok Dia, Macam Menagih Simpati…” – Mak Wan Latah Bidas Dakwaan Amalkan ‘Syirik’ Seperti Didakwa Bekas PA

7Pelakon veteran, Mak Wan tampil membidas ‘tuduhan’ bekas pengurus peribadinya (PA) yang mendakwa dirinya membuat ritual pelik dipercayai berunsurkan syirik.

Sedar namanya kini menjadi buah mulut orang ramai, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud bagaimanapun tidak mahu mengeruhkan keadaan dan turut bersimpati terhadap PA berkenaan.

“Mak Wan tidak akan buat apa-apa pun, biarkan sahaja dia.

“Kalau kita ikut orang yang tidak betul, otaknya mereng, nanti kita akan ikut mereng.

“Macam dulu juga berkenaan bekas suami, saya tidak mahu mengaibkan dia sama seperti budak ni, Mak Wan tak akan aibkan dia.

“Kesin tengok, dia seperti minta simpati dalam hidupnya, jadi biarkan sajalah dia. Ikutlah sebanyak mana dia nak buka aib saya,” ujar Mak Wan dalam keadaan sebak.

Terdahulu, bekas PA Mak Wan yang menggunakan nama Amell telah memuat naik sebuah video pendek di akaun TikTok miliknya dan telah mendedahkan sisi lain Mak Wan yang membuat upacara aneh seperti memuja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Susulan itu, Mak Wan sempat berpesan kepada bekas PA nya untuk saling beringat akan kuasa Allah SWT yang Maha Adil berkenaan balasan yang akan menimpanya di sana (Padang Mahsyar) kelak.

“Allah ada, cumanya dia perlu ingat nanti di sana akan merangkak cari Mak Wan di atas setiap tuduhan yang dia keluarkan.

“Setiap jari dan tangan dia yang menaip dan setiap mulut dia yang bercakap.

“Mak Wan percaya kepada kuasa Allah akan membalas segalanya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Lebih 15 Tahun Kami Menjalin Kolaborasi” – Serasi Bersama, Kelly Azman Senang Bergandingan Dengan Ani Maiyuni

Kelly Azman percaya pentas yang baik bukan sekadar tentang suara dan lagu, tetapi tentang keselesaan rakan gandingan.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Hiburan Tue, 18 Oct 2022

Cikgu Fadli Mohon Maaf Kepada Caprice, Mohon Semua Jangan Jadi Batu Api

Media sosial kini hangat diperkatakan tentang isu Cikgu Fadli Salleh yang dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib gara-gara lantang bersuara mengenai isu pendidikan negara sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi rap, Caprice. Caprice yang sering mengulas […]

error: Content is protected !!