Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2022 @ 2:00pm

“Aku Takkan Cium Tangan Atau Kipas B*ntot Sesiapa…” – Idris Khan Perjelas ‘Statement’ Di Instagram Story

Selepas terpalit dengan isu saman melibatkan syarikat produksi terkenal, A. Aida Productions, kini pelakon Idris Khan dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya pada petang Isnin seolah-olah kenyataan tersebut ditujukan kepada individu tertentu.

Namun, menurut  Idris, 34, atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan ia hanya bersifat umum semata-mata.

“Mak ayah aku ajar untuk hormat orang tak kira pangkat atau darjat. Jadi, masalah aku adalah aku tak kisah apa panggilan, pangkat, darjat ada dekat nama kau. ‘Benda pun boleh beli’. Aku takkan cium tangan sesiapa atau kipas bontot sesiapa. Semua manusia sama. Aku penyabar, tapi ‘once you cross the line’, ‘Im coming for you with everything ive got’,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Idris kini berada dalam keadaan yang baik dan tenang meskipun proses saman itu masih berjalan.

“Saya okay, gembira dan tenang saja. Saya sibuk dengan memberi fokus pada perniagaan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Insya-Allah. Selain itu, saya sibuk dengan mesyuarat dan ‘travelling’,” jelasnya.

Malah, dia yang kini sedang sibuk membina platform global yang akan memberi manfaat kepada pemain industri seni negara bersyukur kerana, kontroversi itu langsung tidak menyekat rezekinya dalam dunia lakonan.

“Orang tu kata siapa lah Idris Khan ni? Ya okay… kita ni kayu bukan nama besar tak hebat. Tapi aku sedang ‘develop’ satu platform global yang akan bermanfaat kepada pemain industri seni negara, SME dan usahawan.

“Aku lagi suka fokus untuk bantu membina dan bangunkan industri yang telah berjasa pada aku, bukan memecah belahkan industri kita.

“Soal kerja tidak ganggu pun, masih berjalan dan tawaran tetap masuk. Penerimaan orang industri lain sangat positif. Daripada pihak produksi lain, persatuan, artis, ahli politik dan korporat semua sangat positif dan memberi sokongan,” katanya.

Terdahulu, Idris tampil memberi kenyataan balas terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan keatasnya sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

MEREKA SEMEMANGNYA BERBAKAT, JANGAN PANDANG RENDAH – MONOLOQUE

Selain mengarah muzik dalam filem Busker, beliau juga turut berlakon dan itu merupakan salah satu pengalaman yang baru bagi dirinya

Kisah Viral Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Trending Tue, 8 Sep 2020
Featured Mon, 23 Jul 2018

Awas! Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Berdengkur

Asap rokok bahaya kepada perokok pasif, terutama dalam kalangan anak-anak.

Trending Thu, 8 Oct 2020
Featured Thu, 26 Jan 2023
error: Content is protected !!