Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 1, 2022 @ 6:36pm

Peminat Dakwa Sedang Bercinta Dengan Mia Sara, Ini Jawapan Idan Aedan

Pelakon cilik yang kini meningkat dewasa, Idan Aedan dikatakan sedang rapat dengan pelakon Mia Sara Nasuha.

Pernah beberapa kali keluar bersama, ada peminat mendakwa pemilik nama sebenarnya, Muhammad Shahidan Abdullah, 18, sedang dilamun cinta dengan Mia.

Tidak menafikan dirinya rapat dengan Mia, Idan mengakui gadis itu mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

“Kami belum sampai tahap bercinta. Saya tak nafi yang Mia adalah kawan perempuan yang paling baik. Selama tiga tahun bersahabat, Mia seorang yang baik hati, pandai bergurau dan sentiasa mendengar luahan hati saya.

“Saya akui, kalau tanya saya tentang keistimewaan Mia, dia memenuhi ciri-ciri gadis yang saya cari selama ini. Sekarang memang kawan dan tak bercinta pun, namun saya tak menolak andai hubungan kami masuk ke fasa tersebut,” katanya.

Turut terkait menjadi orang ketiga hubungan Mia dan kekasihnya, pelakon Jibril ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Saya tak nak komen lanjut tentang itu. Saya ambil pendekatan untuk tidak memberi ulasan sebab ia melibatkan orang lain. Soal peribadi Mia, apa pun status dia, rasanya elok ditanya kepada empunya badan.

“Dalam masa yang sama, saya tak boleh halang orang bercakap pasal saya. Apa yang penting, saya dan Mia tahu hal sebenar,” ujarnya lagi.

Bakal muncul sebagai Ariff dalam filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Idan pernag membintangi karya lain seperti Wizards Of Warna Walk, Anak Merdeka, Jalan Belakang Rumah, The Bridge, Surf This Love, Kerana Corona dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single

Alamak, Mamu pun nak keluar single lepas dengan nyanyian Fazura?

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mad August《Fighter》演唱会!830摇滚引爆

大马摇滚乐团Mad August今年迎来出道8周年,即将在来临的8月30日首办主题为《Fighter》售票演唱会!

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
error: Content is protected !!