Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 10:10am

Tiada Sengketa! Rizman Ruzaini Nafi Hubungan Persahabatan Dengan Nur Fazura Bermasalah

Pereka duo terkenal, Rizman Ruzaini menafikan persahabatan baik dengan aktres Nur Fazura dilanda sengketa.

Menjawab dakwaan yang disiarkan oleh beberapa portal gosip yang mendakwa hubungan dengan Fazura bermasalah, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil menegaskan kesibukan kerjaya menjadi kekangan untuk mereka meluangkan masa bersama.

“Jika dahulu tatkala kami belum berkahwin, selalu luangkan masa bersama. Dahulu pun kami masih bujang dan tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini, semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen sendiri. Semuanya pun sibuk dengan kerjaya dan bisnes.

“Tak ada masalah yang timbul pun. Tiada istilah bergaduh. Cuma, kekangan masa membuatkan kami tidak berjumpa dan jarang menghabiskan masa bersama,” kata Rizman mewakili duo itu.

Gembira dengan perkembangan Fazura yang semakin membina nama dalam dunia perniagaan, Rizman Ruzaini sentiasa mendoakan kejayaan aktres jelita itu.

“Memang ada yang mendakwa hubungan kami dengan Fazura tidak baik, tetapi saya sendiri jarang baca komen dan tak ambil kisah dengan perkara terbabit. Kami mahu memberikan fokus terhadap bisnes.

“Bidang perniagaan yang Fazura ceburi semakin berkembang dan membuahkan hasil. Sebagai kawan, kami sendiri gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh Fazura dan selalu mendoakan yang baik-baik,” kata Rizman lagi kepada XTRA.

Duo pereka fesyen popular itu ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun pertama tudung jenama mereka, Mono Scarves di Pop Up Store Rizman Ruzaini Hijab berhadapan Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Bersempena meraikan ulang tahun pertama Rizman Ruzaini Mono Scarves, tujuh selebriti dilantik menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung ini.

Barisan selebriti popular itu adalah Ziana Zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya.

“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama kami.

“Pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung Rizman Ruzaini adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan jenama kami kekal relevan dalam industri fesyen negara.

“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung Rizman Ruzaini, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.

“Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan jenama kami menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia.

“Meletakkan sasaran jualan RM 10 juta setiap bulan, kami turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi, www.rizmanruzaini.my yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk kami,” katanya.

Pada majlis sambutan ini, Rizman Ruzaini turut mengumumkan pemenang Face of Rizman Ruzaini Hijab, Ninaskhan yang membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama Rizman Ruzaini bernilai RM10,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2024
Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 10 Aug 2022

“Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Eh betul ke Dr Say Gay? Tapi… kalau dapat hadiah lumayan, siapa je yang tak nak 👀🤣

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Trending Sun, 13 Jul 2025

“Rasa Macam Ditusuk Dengan Batang Kayu” – Tak Segan Mengaku Alami Buasir, Fizie Roslan Bersyukur Semakin Pulih

Pengalaman ngeri diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu nyata meninggalkan kesan mendalam buat penyampai radio, Fizie Roslan. Mengimbas detik ‘menakutkan’ itu, Fizie mengakui rasa sakit yang dialaminya sangat luar biasa, sehingga sukar untuk digambarkan […]

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

周兴哲「有求必应」演唱会大派粉丝福利!

「创作小王子」周兴哲《Twenty Two Plus》亚巡演终于搬到来马!演唱会上除了频频向粉丝“示爱”更是下台跟粉丝握手击掌、自拍,甚至在现场挑选粉丝上台合唱和抱抱,让山顶的粉丝看了眼红。

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang […]

error: Content is protected !!