Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir July 3, 2022 @ 2:34pm

Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta Berjaya Dirampas, Dua Lelaki Tempatan Ditahan

Rokok jenama Saat yang dipercayai diseludup iaitu sebanyak 11,000 karton bersamaan RM1.8 juta dirampas polis menerusi serbuan di Bandar Ketereh, semalam.

Hasil serbuan dilakukan pada jam 6.30 petang dan turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 30-an.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, rampasan dibuat selepas pihaknya menahan sebuah lori dan kereta di tepi jalan lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori itu menjumpai 11,000 karton rokok jenama Saat yang disyaki diseludup dan tidak bercukai.

“Pemeriksaan terhadap kereta pula tidak menemui sebarang barangan salah dan kedua-dua pemandu yang berasal di Kuala Lumpur ditahan untuk siasatan.

“Jumlah keseluruhan rampasan rokok adalah sebanyak 11,000 karton, sebuah lori, sebuah kereta serta lima unit telefon bimbit membabitkan nilai keseluruhan RM1.8 juta,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambah beliau, kedua-dua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing juga negatif.

“Kedua-dua suspek akan ditahan reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Featured Thu, 12 Jan 2023

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah. @elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Wah, Amerul Affendi kini membuat kejutan dengan filem aksi komedi, 6 Jilake.

Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

error: Content is protected !!