Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain July 3, 2022 @ 2:47pm

Sam Bunkface Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Demi Anak

Vokalis dan pemain gitar Bunkface, Sam mengakui masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri, Aida Azira Hussin demi menjaga dan memastikan anak sulungnya, Maleeq, sentiasa berada dalam keadaan baik.

Menurut Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 35, dia menjaga anak lelakinya itu secara bergilir-gilir dengan bekas isterinya.

“Saya jumpa (Maleeq) selang seminggu dengan bekas isteri. Seminggu saya jaga, seminggu dia jaga. Dia sekolah pun dekat Shah Alam dan itu tengah-tengah di antara kami, jadi kami bergilir jaga dia.

“Setakat ini tiada masalah, dia pun gembira. Dia faham ada ibu tiri dan dia pun panggil ibu tirinya ‘mummy’. Dia sayang adik tiri dia juga, semuanya baik alhamdulillah,” katanya.

Penjelasan itu dibuat Sam ketika ditemui selepas sidang media konsert Bunkface! 15 Years of Korang di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, Sam turut menyatakan dia dan bekas isteri saling memainkan peranan yang sepatutnya dalam membesarkan anak mereka agar perceraian itu tidak memberi kesan kepadanya.

“Dalam hal ini tak boleh pentingkan diri sendiri. Perceraian itu akan beri kesan kepada anak. Jadi kena fahamkan anak, bagi dia gembira, tenang, hantar sekolah, beri nafkah dan sebagainya perlu cukup. Setakat ini semua itu tiada masalah, Allah cukupkan.

“Penting untuk jumpa selang seminggu itu supaya dapat seimbangkan waktunya bersama saya dan mak dia. Dia pun ada orang lain dalam keluarga, dia ada saudara mara, datuk dan nenek lagi jadi memang setakat ini tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, Sam dan Aida telah berkahwin pada 25 April 2015, namun bercerai pada penghujung Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq, 6.

Kemudian, Sam mendirikan rumah tangga dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada 9 Disember 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Idris serta bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Apr 2020
Trending Sat, 22 May 2021

“Terus Terang, Saya Agak…” – Wajah Dikatakan Seiras Hisyam Hamid, Ini Reaksi Farhan Asri

Pendatang baru, Farhan Asri mengakui terkejut apabila dikatakan memiliki raut muka seiras dengan wajah pelakon Hisyam Hamid. Farhan dan Hisyam kini digandingkan bersama sebagai adik-beradik dalam drama bersiri Cukup Derita Itu yang sedang hangat ditayangkan […]

Hiburan Wed, 8 May 2024
Featured Tue, 26 May 2026
LIFESTYLE Sun, 24 Dec 2017

THIS PLACE IN ED SHEERAN’S PERFECT MV IS EVERYONE’S DREAM CHRISTMAS SPOT

Ever since the music video came out in November, 2017, people have been crazy in love with this beautiful town.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

error: Content is protected !!