Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 22, 2021 @ 2:02pm

“Terus Terang, Saya Agak…” – Wajah Dikatakan Seiras Hisyam Hamid, Ini Reaksi Farhan Asri

Pendatang baru, Farhan Asri mengakui terkejut apabila dikatakan memiliki raut muka seiras dengan wajah pelakon Hisyam Hamid.

Farhan dan Hisyam kini digandingkan bersama sebagai adik-beradik dalam drama bersiri Cukup Derita Itu yang sedang hangat ditayangkan di slot Samarinda TV3.

“Saya ada menerima beberapa kiriman foto yang menyamakan muka saya dengan Hisyam menerusi mesej (DM) di Instagram. Saya hanya mampu ketawa dan menganggapnya bagai langit dan bumi.

“Mungkin sekali imbas ada iras tapi saya tak rasa kami memiliki wajah yang hampir serupa. Tapi kira okeylah apabila ada yang kata kami ada iras dan digabungkan sebagai adik-beradik dalam drama ini.

“Sejujurnya, saya agak segan sebenarnya kerana wajah kami berbeza. Tambahan pula, Hisyam adalah seorang pelakon yang cukup disegani dan hebat manakala saya ini hanyalah pendatang baru.

“Apapun, komen sebegini yang diberikan oleh netizen akan saya jadikan sebagai satu pembakar semangat. Kalau muka tak seiras pun, saya mahu kejar kejayaan yang seiras dengan Hisyam,” katanya.

Selain Farhan dan Hisyam, drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi oleh Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Lia Natalia dan ramai lagi.

Cukup Derita Itu kini sedang ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam.

Tambah Farhan yang pernah membintangi drama bersiri Pink Smile, biarpun sudah empat tahun mengintai peluang sebagai pelakon, dia tidak pernah berputus asa untuk menantikan bakat seninya dikenali ramai.

“Secara jujurnya, saya sendiri anggap perjalanan saya dalam bidang lakonan ini masih baru lagi. Tempoh empat tahun ini mengajar saya banyak perkara.

“Mungkin sesetengah peminat menganggap saya sepatutnya sudah dikenali ramai atau popular, tapi bagi saya biarlah nama saya lambat naik asalkan tawaran lakonan sentiasa ada dan tak pernah putus biarpun menjayakan watak pembantu.

“Saya juga kini sedang sibuk di set penggambaran Saat Kau Takluk Cinta Ini bergandingan dengan Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan dan ramai lagi.

“Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ini mendapat sentuhan sutradara Zamri Zakaria dan ia diterbitkan oleh Kembara Sufi Production. Karya ini bakal bersiaran di slot Samarinda TV3,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jan 2025
Featured Mon, 22 Aug 2022

Busana Hitam Di KLFW Dikritik Macam Plastik Sampah, Ada Yang Tegur Aina Abdul Makin Over… Ini Respons Empunya Badan

Fuhhhh, fesyen Aina Abdul sentiasa berjaya curi perhatian orang ramai eh? She vassss la gais! 🔥🤭🔥 Sajat pun komen tau 🤣

Featured Sat, 14 Mar 2026

Mek Yun Pesan Hargai Momen Bersama Orang Tua – “Kita Tak Pernah Tahu Bila Kali Terakhir Dapat Peluk Mereka”

Mek Yun menitipkan pesana agar orang ramai diluar sana sentiasa mengahrgai momen bersama keluarga terutamanya ibu dan bapa selagi mereka masih ada.

Trending Fri, 19 Jul 2019

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Semoga segala urusan pasukan misi kemanusian ke Gaza sentiasa dipermudahkan. Aamiin

Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan […]

error: Content is protected !!