Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 4, 2022 @ 5:26pm

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Kemelut rumah tangga antara pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof melibatkan orang ketiga, Ira Kaza kini sudah menjadi kes mahkamah.

Ia susulan keputusan Puteri Sarah yang memfailkan dua saman terhadap anak kepada pelakon veteran, Kaza Saisi baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Artikel Berkaitan: “Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat

Menurut peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Ira Kaza tidak dibenarkan mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan di media sosial terhadap Puteri Sarah sehingga kes perbicaraan penuh diadakan.

Tambahnya lagi, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi kepada Ira Kaza untuk tidak mengganggu Puteri Sarah.

“Pihak defendan (Ira Kaza) sudah mengaku dan berjanji tidak akan membantah perintah interim injuksi sehingga mahkamah buat keputusan di akhir kes.

“Di akhir kes mahkamah akan kemukakan segala kerugian dan ganti rugi untuk pihak mahkamah memberikan pampasan,” katanya.


Dalam pada itu, pihak mahkamah telah mengarahkan Ira Kaza untuk hadir pembelaan dalam tempoh sebulan.

Akberdin berkata, mahkamah juga menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah.

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” katanya.

Peguam mewakili Ira Kaza, Ammar Ghalip mengesahkan anak guamnya perlu masuk ke pembelaan dalam tempoh sebulan atau 4 Ogos ini.

Peguam Akhberdin turut disoal sama ada kes saman ini berkemungkinan dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, namun menurutnya setakat ini mereka belum ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu. Kita bukan ‘arrogant’ (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” katanya.

Sumber: Harian Metro, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Feb 2018

全球最辣核爆级冰淇淋 吃一口前要先签「免责任声明」

一家位于英国苏格兰格拉斯哥的咖啡厅Aldwych Cafe日前推出了一款世界上最危险的「辣冰淇淋」,这款冰淇淋的辣度高达156.93万史高维尔(辣度单位),比《金氏世界纪录》认证,世界第一辣的印度魔鬼辣椒的辣度还要高,因而店家要求顾客必须年满18岁,并在购买前须先签下「法律免责切结书」。

Hiburan Sat, 28 Feb 2026

“Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu sensitif melibatkan tindakan individu yang sengaja memijak al-Quran baru-baru ini.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People are Suspecting Avicii Died of Overdose

The famous DJ was found dead last Friday.

Trending Sat, 31 Aug 2019

Dua Lelaki Indonesia Terapung Diselamatkan

Nasib baik ada jaket keselamatan dimana dapat bertahan hingga bantuan sampai

Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

error: Content is protected !!