Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 9, 2022 @ 6:09pm

Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Tatkala orang ramai sedang sibuk melakukan persiapan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut esok, susur masa media sosial rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi seorang pelawak wanita yang menghina Islam.

Dalam insiden yang terjadi di sebuah kelab komedi, Crackhouse Comedy Club (CHCC) yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur itu, wanita itu pada awalnya tampil di pentas memakai baju kurung dan lenngkap bertudung.

Mahu memulakan persembahan stand-up comedy, wanita itu memberitahu dirinya berasal dari Kuala Kangsar, Perak, berketurunan Melayu dan beragama Islam serta menghafal 15 juzuk kitab suci al-Quran.

Tiba-tiba wanita itu mengejutkan orang ramai dengan mencabut tudungnya serta membuka pakaian di hadapan penonton.

“Hello and Assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Am*r* binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak.

“I am Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. But, one second,” katanya.

Selepas menuturkan dialog terbabit, wanita itu meletakkan semula pembesar suara lalu menanggalkan tudung dan bajunya.

Kini video berdurasi kurang seminit itu tular di laman sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang didakwa menghina agama Islam.

Sementara itu, CHCC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita terbabit yang menghina kesucian agama Islam di premis mereka.

CHCC dalam satu kenyataan berkata, mereka melarang individu berkenaan daripada kembali ke sana selepas insiden tersebut dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis TTDI.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan kenyataan rasmi ekoran insiden terbabit.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Menurut Ajib, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-Lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya menerusi kenyataan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan […]

Hiburan Fri, 8 May 2026

Awie ‘Berkurung’ Di Studio Tiga Bulan Demi Konsert ‘Awie Rock King – Last Man Standing’, Risau Faktor Kesihatan Jejaskan Persembahan

Awie mendedahkan proses perbincangan bagi merealisasikan konsert tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan

Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Dibandingkan Dengan Persembahan Mega Lain, Ella Pilih Kekal Tenang & Fokus… Tiket Konsert Sudah Terjual Sebanyak 90%

Tumpuan orang ramai terhadap isu perbandingan itu sebenarnya membuatkan semangat Ella bertambah untuk terus melangkah ke hadapan.

Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

error: Content is protected !!