Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 24, 2018 @ 1:14am

Lan Solo Berhadapan ‘Anak Bawang’

Bukan salah ibu mengandung dan bukan juga salah anak yang dilahirkan ‘cacat’. Segalanya takdir dan ketentuan yang Maha Esa dan tiada insan yang mampu menghalangnya!

Semoga penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, 33,  tabah menghadapi dugaan dikecam segelintir pengikut laman sosialnya,  mempersendakan anak bongsunya, Nur Amna Quxandra yang sumbing.

“Tidak dinafikan, saya menerima komen negatif yang mempersenda apabila saya memuat naik gambar anak di laman sosial. Selepas melihat profil, kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang,” memetik kata Lan yang disiarkan dalam BH Online.

Kredit: Instagram Lan Solo Official.

Amboi! Kanak-kanak sekarang pun dah bijak nak komen. Jangan begitu dik, belajar dahulu erti kehidupan sebelum nak menjaga tepi kain orang dan jangan nak jadi ‘anak bawang’  pula ya! Cukuplah dah ada ‘makcik bawang’ huhu!

Nasib baiklah bekas vokalis kumpulan Kristal ini memahami dan tidak menyalahkan mereka atas alasan fikiran kanak-kanak berkenaan masih belum matang.

“Saya tidak sangka boleh sekuat ini ketika berdepan kecaman seperti itu. Bagaimanapun, hanya segelintir yang tidak sensitif kerana selebihnya tetap menyokong dan memuji tindakan saya berkongsi wajah anak walaupun tahu risiko bakal dihadapi,” tambahnya.

Pun begitu, Lan turut bersyukur yang perkongsian gambar anaknya itu mendapat respon serta memberi inspirasi pula kepada ibu bapa yang senasibnya.

Keluarga Lan.

“Ada yang menghantar mesej sambil menunjukkan wajah anak mereka, sedangkan sebelum ini malu berbuat demikian. Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai kecacatan yang dialaminya. Dari situ, saya mengetahui kewujudan persatuan berkaitan,” jelasnya.

Malah menurut Lan, mereka banyak membantu dalam urusan pendaftaran pembedahan anaknya yang dijadualkan pada hujung bulan depan.

Selain Nur Amna Quxandra, Lan dan isteri Nur Sheila Hassim, 33, mempunyai tiga lagi anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Kita sama-sama doakan  Nur Amna Quxandra diberi kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan kelak ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

《音乐还没死》记录大马乐坛30年!李吉汉自爆曾想放弃音乐路

纪录片文字书《我们死了, 音乐还没死Music Alive》由马来西亚中文乐坛41组音乐人亲述,纪录着中文音乐产业近30年的兴盛与衰败。

Hiburan Sun, 23 Jun 2024
Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

LIFESTYLE Sun, 24 Dec 2017

THIS PLACE IN ED SHEERAN’S PERFECT MV IS EVERYONE’S DREAM CHRISTMAS SPOT

Ever since the music video came out in November, 2017, people have been crazy in love with this beautiful town.

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

Hiburan Wed, 13 May 2026

Tiga Legenda Rock Bersatu, Konsert 3 Veto Janji Malam Penuh Nostalgia Untuk Peminat Search, Wings & XPDC

Search, Wings dan XPDC bakal bergabung menerusi Konsert 3 Veto yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos depan.

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
error: Content is protected !!