Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 30, 2022 @ 11:13am

Penangan Melur Untuk Firdaus Raih 11 Juta Penonton, Capai 832 Juta Interaksi Di Media Sosial

Penangan drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang baru sahaja menutup tirai di slot Lestary pada 15 Julai lalu telah berjaya meraih 11 juta penonton di Malaysia. Gandingan serasi Meerqeen dan Anna Jobling selaku pelakon utama ini juga mencapai 823 juta interaksi di media sosial sepanjang 28 episod bersiaran di kaca televisyen. (sumber penarafan Nielsen 2022 Mei – Julai).

Drama yang penuh dengan bibit-bibit romantik ini telah mencetus fenomena di Asia Tenggara dan sejak mula disiarkan sehingga kini, sebanyak 200 akaun kelab peminat di media sosial telah dicipta oleh peminat-peminat negara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand.

Maklum balas dari penonton melalui media sosial rata-rata memberi pujian kepada pelakon kesukaan mereka seperti Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don dan Nesa Idrus kerana berjaya menghayati watak-watak yang diberikan sehingga penonton mahukan drama ini disambung ke musim yang kedua.

Kegembiraan turut dikongsikan dengan kejayaan OST Melur Untuk Firdaus, ‘Duka Sebalik Tawa’ nyanyian Puteri Khareeza apabila memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan. Selain itu, ia juga telah berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify carta pop terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik.

Melur Untuk Firdaus merupakan adaptasi novel karya Cik Nor Cinta dan diarahkan oleh Zamri Zakaria, mengisahkan tentang Firdaus Iskandar (Meerqeen) tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk dia berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur (Anna Jobling) sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Nov 2019

It’s Tomorrow! Limited Edition Hello Kitty Holder Is Here At McDonald’s Malaysia!

Who could resist a cute Hello Kitty merchandise? NO ONE!

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

‘Saya Tak Mudah Terima Tawaran, Tapi…’ – Hawa Rizwana

Hawa Rizwana mengakui tidak semua tawaran yang datang akan diterima begitu sahaja.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Hilang 20 Kg, Apa Rahsia Ramlah Ram?

Sebelum ini berat badan saya 70 kilogram dan ada juga kawan-kawan ‘membawang’ pasal saya tetapi itulah orang kata buat kita semangat. Terbaiklah kak!

Hiburan Fri, 4 Apr 2025

Berjauhan Selama Tiga Bulan, Amyra Rosli Reda & Sokong Amar Baharin Berkayuh Ke Makkah Menunaikan Umrah

Amyra Rosli letak syarat perlu update setiap masa sepanjang perjalanan Kembara Makkah

Featured Wed, 20 Aug 2025
error: Content is protected !!