Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 2, 2022 @ 4:36pm

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Pelakon Ben Amir mendedahkan kecederaan akibat kemalangan hampir membuatkan mata sebelah kirinya buta.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ben Amir atau nama sebenar Muhammad Ben Amir Sabaruddin, 32, memaparkan video serta gambar proses pemulihan mata kirinya yang cedera teruk.

“Kemalangan yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Proses pemulihan sangat sukar daripada segi mental dan fizikal. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Namun, selepas menjalani pembedahan pada pertengahan Jun lalu, kini dia sudah semakin sembuh dan sihat.

“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.

“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya berada di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” katanya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mendoakan agar penglihatannya pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Ben pernah berkongsi gambarnya selepas menjalani pembedahan di hospital dan bahagian mata kirinya ditutup alat pelindung buat sementara waktu namun dia tidak berkongsi punca matanya itu cedera.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya 🤩🤩 Never settle for less orang kata 🤣

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Berjaya Bida Lukisan Ustazah Asni Mansor, Mimi Lana Sumbang RM3,600 Kepada Palestin

Alhamdulillah, seronoknya tengok semua hadir ke majlis ilmu bersama Ustazah Asni

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Penyanyi ‘Cumi Cumi’ Keracunan Makanan

Menurut pengurusnya Ash, penyanyi popular dengan lagu Pematah Hati itu mula mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu. Kita sama-sama doa semoga Nabila cepat sembuh ya…

Featured Fri, 10 May 2024
Trending Tue, 26 Jan 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pasangan Jarak Jauh Mulai Esok

Alhamdulillah buat pasangan jarak jauh yang dah lama menanti untuk bersama..

error: Content is protected !!