Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin August 5, 2022 @ 6:00am

“Tak Perlu Salahkan Hayfa, Adam Atau Aisyah, Patut Marah Diri Korang Sebab…” – Suami Ummi Nazeera Titip Pesanan ‘Padu’

Sambutan hangat penonton terhadap drama rantaian #RisikPadaHati yang berakhir pada malam tadi masih menjadi buah mulut penggemar drama tempatan.

Bahkan, rata-rata memuji lakonan barisan para pelakon hebat tanah air seperti, Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya.

Malah,  ada diantara warganet menitipkan ucapan terima kasih kepada krew yang terlibat kerana mampu memberikan mereka emosi tiap kali menonton drama berkenaan dengan menyajikan ‘ending’ yang tidak klise.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah pesanan padu yang ditinggalkan oleh suami kepada pelakon Ummi Nazeera menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram miliknya semalam.

Menurut Dr Izzar, penonton tidak perlu menyalahkan Hayfa, Adam ataupun Aisyah, tetapi perlu menyalahkan diri sendiri kerana terlampau emosi dengan drama berkenaan memandangkan ia adalah lakonan semata-mata.

Bukan itu sahaja, beliau sempat berseloroh bahawa yang perlu dipersalahkan adalah ayah kepada Adam.

“Korang tak perlu salahkan Hayfa ke, Adam atau Aisyah dalam cerita ni. Yang korang patut salahkan ialah diri korang sebab terikut sangat tengok cerita ni sampai terbawa-bawa kesedihan tu. Dekat ofis pun layan di phon, boss tau tak? Ini drama berlakon je. Bukan kisah benar tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat.

“Tapi bagi saya, saya salahkan bapak Adam. Siapa suruh anak pergi repair paip rosak dekat rumah sewa tu. Upah jelah plumber. Mungkin dia dah lama merancang, kita je yang lalai,”tulisnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada isterinya dan para pelakon yang terlibat termasuklah krew penerbitan drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Manakala, dalam hantaran yang berlainan pula, Dr Izzar sempat memuji lakonan isterinya yang dianggap sangatlah hebat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Trending Sun, 24 Apr 2022
error: Content is protected !!