Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 8, 2022 @ 5:25pm

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Baru-baru ini, nama doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalahertikan.

Susulan itu, difahamkan Dr. Amalina menerima tohmahan dan kritikan segelintir netizen yang memandang serong terhadap kenyataan yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.

“Apakah kewarganegaraan yang akan dipegang oleh anak anda, kewarganegaraan British atau dwi kewarganegaraan?” tulis netizen berkenaan.

Membalas persoalan tersebut, Dr. Amalina mendedahkan anak-anaknya akan memilih kewarganegaraan British.

“Anak-anak kami akan menjadi British,” jawabnya dengan santai.

Menyedari perkara terbabit digembar-gemburkan, Dr. Amalina tampil menjelaskan maksud jawapannya itu dan ia dimuat naik menerusi sebuah entri terbaru di Instagram.

Dr. Amalina berkata sudah tentu dia menyukai sekiranya anaknya memilih kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.

“Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).

“Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester trimester) & masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh & cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami & bayi.

“Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Dr. Amalina berkata dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam.

“Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.

“Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Dr. Amalina turut menjelaskan kepada segelintir individu yang tidak henti melemparkan fitnah kepadanya dengan berkata tujuannya memilih untuk menetap di UK bukan perkara yang tidak berfaedah semata-mata.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.

“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Untuk rekod, Dr. Amalina mendirikan rumah tangga besama pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Sumber: Instagram Dr. Amalina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal. Ini baru dinamakan, kalau dah jodoh, tak kemana pakcik…

Hiburan Fri, 11 Oct 2024
Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Fri, 25 Jun 2021

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021. Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah […]

Trending Mon, 15 Oct 2018

十万IG粉丝热议「人体器官甜点」你敢下咽吗?

新加坡设计师QIXUAN LIM擅长以人体的各种器官制作甜点,其中婴儿脸造型的食物,更是逼真到令大家难以下咽;唯她澄清「本来就不是提供大家食用的。」

error: Content is protected !!