Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 8, 2022 @ 2:00pm

“Terlalu Ikut Emosi, Naya Badan…” – Berang Ditegur Tunggang Motosikal Merbahaya, Suspek Tetak Kepala Pengawal Keselamatan Guna Pedang Bakal Berdepan Hukuman Bunuh

Gara-gara menegur seorang lelaki memunggang motosikal secara merbahaya, pengawal keselamatan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan tangan kiri.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir selepas empat hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abudl Halim (HSAH) Sungai Petani kira-kira enam petang semalam.

Sebelum ini dalam kejadian yang berlaku pada jam 4:40 petang, Khamis lalu, suspek bertindak menetak kepala dan tangan kiri warga emas menggunakan pedang akibat tidak berpuas hati.

Allahyarham Ismail menegur tindakan mangsa yang menunggang motosikal secara merbahaya di kawasan tapak projek perumahan di Bukit Bayan, Kedah.

Lelaki terbabit kemudian beredar sebelum datang semula bersama dua lagi rakan dan melibas pedang terhadap mangsa.

Suspek, R Subramaniam, 41 sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.

Difahamkan, kematian mangsa itu akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh.

Tinjauan di ruangan komen di Facebook Harian Metro, ramai dalam kalangan netizen terkejut dengan kisah menyayat hati ini.

Menurut mereka, banyak perkara yang harus dinilai dahulu sebelum berniat menegur seseorang individu pada zaman ini, meskipun kita mempunyai niat yang baik.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

Featured Wed, 8 Feb 2023
Trending Thu, 13 Dec 2018

Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik

Pernah Bunuh Musuh Dari Jarak 4000 Kaki, Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik Kegilaan Ramai Lelaki

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

error: Content is protected !!