Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 9, 2022 @ 6:48pm

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan, memberi tip kepada pelakon berbangsa lain untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai satu kelebihan.

Menurutnya, pelakon bukan Melayu sukar untuk bertahan lama dalam industri sekiranya tidak tidak menguasai bahasa Melayu.

“Saya sendiri tidak menjangka bahawa sudah lapan tahun saya berada dalam industri. Sejujurnya saya tidak percaya boleh pergi sejauh ini.

“Biasanya, orang bukan Melayu hanya bertahan sekejap sahaja dalam industri. Jadi nasihat saya kepada orang bukan Melayu, belajarlah menguasai bahasa Melayu sebaik-baiknya,” kongsinya.

Namun, Elizabeth, 28, memberitahu dia juga masih mempunyai banyak kelemahan untuk diperbaiki.

“Saya pun masih ada kesalahan sebutan, ada beberapa perkataan yang disebut agak pelat sampai ke hari ini.

“Tetapi setiap kali persembahan, saya akan cuba memberi yang terbaik,” katanya.

Terkini, Elizabeth bakal muncul sebagai watak utama di dalam filem Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan pada 8 September ini.

Sumber: Boom Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

‘Filem Belum Ada Tajuk Bukan Gimik’ – Mawi

Mawi yang memilih tema komedi Islamik memberitahu filem itu dijangka berada di pawagam sekitar Mac tahun depan.

Trending Wed, 2 Oct 2019
Featured Sat, 24 Sep 2022
Events Mon, 30 Jun 2025

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama”- Busana Dikritik Seksi, Linda Rafar Alami Anxiety

Linda malu apabila ada yang bertindak menyeru nama ustaz Wadi Annuar.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
error: Content is protected !!