Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 10, 2022 @ 12:27pm

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.

Penceritaan Sutera berkisarkan kisah seorang permaisuri Jawa yang pernah dilukai oleh beberapa orang lelaki pada masa lalu tidak hanya terhenti disitu kerana ia turut disulami dengan mesej untuk memperkasakan kaum wanita.

“Lagu ini memupuk semangat cinta akan diri sendiri dan pemerkasaan wanita. Sebagai wanita, kita juga boleh berdiri teguh dengan kaki sendiri. Tidak dinafikan wanita perlukan seorang lelaki, tapi apapun diri sendiri mestilah kuat mengharungi kehidupan,” katanya.

Berbicara tentang kelainan yang ditampilkan dalam Sutera, Aisha mengatakan gabungan elemen etnik Jawa dan muzik moden EDM menjanjikan perbezaan berbanding lagu-lagunya yang terdahulu.

“Saya banyak memasukkan elemen-elemen etnik dalam lagu ini, tentunya berbeza kerana sebelum ini saya selalu lancarkan lagu genre balada sahaja. Tapi kali ini, saya tampil dengan genre berbeza dan turut menyelit elemen tarian dalam muzik videonya.

“Lagu ini sangat ‘catchy’, elemen etnik benar-benar membuatkannya istimewa. Di sebalik bunyi etnik atau tradisional itu turut diselitkan elemen moden seperti EDM. Gabungan dua genre inilah yang menambah warna kepada lagu ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berkongsi tentang cabaran menghasilkan pertaruhan terbarunya itu. Menurutnya, dia perlu mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa.

“Saya habis hasilkan lagu ini dalam masa tiga hari sahaja termasuk proses penghasilan. Selain itu, saya juga mencabar diri menerusi lagu pop etnik yang sangat berbeza berbanding apa yang orang dah lihat dalam lagu-lagu saya sebelum ini,” jelasnya.

Selain itu, pembabitan MFMF selaku produser pula berjaya memantapkan lagi hasil akhir karya tersebut.

“Saya sangat berpuas hati dengan sentuhan MFMF, mereka sangat pantas buat kerja sebagai produser, siap dalam masa satu hari sahaja. ,” katanya lagi.

‘Sutera’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 14 Apr 2026

3 Drama TV3 Dominasi Ramadan Raya, Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini

Sepanjang Ramadan hingga Syawal tahun ini, TV3 terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju drama tempatan menerusi tiga naskhah utama.

Events Sat, 31 May 2025

Konsert Ubermensch World Tour Di Kuala Lumpur ‘Sold Out’, Tiket G-Dragon Dijual Cecah RM28,000?

harga tiket jual semula kini mencecah sehingga RM28,000 daripada harga asal iaitu RM300 hingga RM1,000????

Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Trending Tue, 8 May 2018

Berjam-Jam Tidak Boleh Keluarkan Air Mata, Fasha Sandha Ajar Pelakon Baharu Teknik Menangis

Pelakon baharu ini mengambil masa berjam-jam untuk menjiwai watak dengan menangis, tapi bila Fasha Sanda bantu terus boleh menangis!

Events Mon, 8 Oct 2018
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Making Headlines for Appearance in Kuala Lumpur

Fans crowded The Gardens when rumours of her visiting was leaked.

Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Anugerah Fri, 20 Jan 2023
error: Content is protected !!