Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 10, 2022 @ 10:11pm

“Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say dikatakan tergolong dalam golongan gay gara-gara membuat perkongsian tentang dirinya yang pernah memasuki pertandingan badan cantik di Malaysia.

Tidak cepat melatah, Dr Say tampil memberi penjelasan mengenai peristiwa tersebut bagi mengelakkan salah faham berpanjangan mengenai orientasi seksualnya menerusi hantaran di Instagramnya.

“Oktober 2013 saya habis belajar medic di India. Sebelum housemanship bermula, saya menyertai pertandingan badan cantik dekat Malaysia. Sempat sertai empat pertandingan dan menang tempat pertama untuk semua pertandingan itu.

“Satu hari saya dapat satu poster pertandingan yang saya ingatkan pertandingan kelima badan cantik. Saya ons sahajalah dah alang-alang win streak, lepas itu ada kawan-kawan yang join badan cantik pun sertai pertandingan itu.

Jelasnya, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan membuatnya berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.

Ketika itu, dia tidak mengetahui bahawa pertandingan tersebut diadakan dalam kelab golongan gay.

“Hadiah besar RM3,000, siapa tak terduduk hadiah banyak tu tahun 2014. Lepas sign up, katanya pertandingan itu ada dua bahagian. Bahagian pertama macam runway, kemudian top 12 akan masuk bahagian kedua.

“Masa bahagian pertama, little that I know yang club where the competition was held was a club kaum pelangi. Saya naïve, mana saya nak tahu kat Malaysia wujud kelab sebegini.

“Nak tarik diri dah terlambat maka saya teruskan runway pakai jeans dengan t-shirt putih. Tup tap saya terpilih masuk top 12. Masa ni baru dia beritahu untuk bahagian kedua, you have to do a performance dan depa bagi seminggu untuk persiapan,” ceritanya.

Sementara itu, Dr Say memaklumkan bahawa Dr Azura Abbas yang merupakan tunangnya semasa itu mengetahui tentang dirinya menyertai pertandingan tersebut.

“Saya ini kaki bangku segala benda, baik bola sepak, menyanyi, menari. Saya tanya bini yang masa tu tunang saya, ‘apa I nak buat ni?’. Gelak-gelak dia tersebut Magic Mike.

“Terus saya muat naik filemnya, amati tariannya dan terasa mudah pergerakannya sebab macam flexing cuma dengan pakaian yang pada awalnya penuh jadi berkurangan saban waktu.

“Maka Dr Say bersewakan uniform bomba dengan persembahan Magic Mike terhasil. Siapa yang tengok video tu kat Twitter, saya mengaku itu saya. Am I proud of it?

“Definitely not but back then I thought as long as I didn’t do any harm to anyone, it’s fine. Sepanjang pertandingan tu pun, tunang saya @azuraabas sentiasa ada di sisi,” ujarnya.

Susulan itu, Dr Say menyatakan bahawa dia tidak kisah tentang tanggapan orang terhadap dirinya asalkan isterinya mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Ujarnya lagi, dia menggunakan wang yang dimenangi sebagai hantaran perkahwinan.

“Saya menang pertandingan itu. RM3,000 itu buat hantaran kawin kot. Zaman jahiliah masa tu peeps. Menjawab soalan ‘What is something everyone always gets wrong about you that you would like to change’, I must say I wouldn’t change anything.

“Orang nak fikir apa fasal saya, fikirlah. Saya dan isteri hidup kehidupan ini sama-sama dan dia tahu orientation saya sejak azali. That’s what matters most,” tulisnya.

Untuk info, Dr Say dan Dr Azura telah mendirikan rumahtangga sejak 2014 lalu. Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu telah dikurniakan dua orang permata hati iaitu Aezreil dan Sefriel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

一起见证「齐迹」发生!任贤齐再次唱响经典

万人迷任贤齐自去年连续在云顶举办两场演唱会之后,今年将再次登上云星剧场舞台!

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Tahniah! Anne Ngasri Timang Anak Kelima

Syukur Alhamdulillah…tahniah buat Datin Anne sekeluarga.

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Featured Mon, 21 Jul 2025

Selepas Mona Lisa, Alpha Terus ‘Meroket’ Dengan Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

Single pertama Mona Lisa sahaja dah cecah 250,000 tontonan di Youtube.

Featured Wed, 23 May 2018

10 Selebriti Wanita Tempatan Berdarah Campuran Dengan Kecantikan Wajah Wow!

Lazimnya mereka yang berdarah mix ini mempunyai kecantikan wajah yang outstanding selain susuk tubuh tinggi lampai.

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

error: Content is protected !!